Rakyat Australia bantah Islamophobia melalui #illridewithyou
Adli Effendy
Disember 15, 2014 12:44 MYT
Disember 15, 2014 12:44 MYT
Di sebalik teka-teki drama tebusan Sydney atau #SydneySiege, insiden ini turut mengundang perbalahan tentang Islamophobia di media sosial.
Sentimen anti-Islam mula membanjiri media sosial susulan insiden #SydneySiege yang masih berlarutan sehingga kini.
Namun begitu, pengguna Twitter di Australia sebaliknya bertindak meluahkan rasa solidariti mereka dengan penganut Islam di negara itu.
Bukti solidariti itu boleh dilihat melalui #illridewithyou yang kini mulai trending di seluruh dunia.
Adam Samuel yang mengaku dirinya berketurunan Yahudi mengaku turut tertanam sentimen anti Islam dalam dirinya.
Namun begitu, dalam insiden #SydneySiege ini, dia menyatakan sokongan terhadap penganut agama Islam.
Kempen #illridewithyou di Twitter dimulakan oleh Sir Tessa @sirtessa dalam usaha menyatakan bantahan terhadap anti perkauman dan anti agama.
Idea ini dengan pantas mengundang pelbagai reaksi di media sosial dan digunakan oleh warga Australia bagi menyatakan sokongan terhadap komuniti Muslim di sana.