Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat di Sabah perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti berikutan kejayaannya membawa kestabilan dan kesejahteraan kepada rakyat.
Beliau berkata sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, ia mempunyai perancangan rapi dan agenda pembangunan yang menyeluruh untuk kebaikan rakyat negeri ini.
"Sebagai contoh, projek lebuhraya Pan Borneo dari Tuaran ke Kudat dijangka memberi perubahan yang besar terutama dari segi peluang ekonomi, sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat.
"Justeru itu, BN adalah pilihan yang tepat untuk perjuangan membela nasib rakyat," katanya ketika merasmikan Bengkel Peningkatan Profesionalisme Pemaju Masyarakat Kemas Daerah Kota Belud, dekat sini hari ini.
Sehubungan itu, Salleh berkata rakyat tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan dakyah dan tohmahan pembangkang yang menabur pelbagai fitnah dan persepsi negatif melalui media sosial semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Beliau juga berkata Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) melaksanakan pelbagai kempen termasuk Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat agar lebih bijak menggunakan internet, terutama menerusi telefon bimbit pintar.
Menurutnya, masyarakat pada masa kini mendapat maklumat daripada pelbagai sumber tetapi bukan semuanya benar.
"Kadang kala kita terlalu sibuk menggunakan telefon bimbit sehingga apa sahaja maklumat yang kita terima, kita percaya dan kita pula (apabila mendapat) maklumat itu menjadikannya tular dalam Whatshap ke grup lain sedangkan kita sendiri tidak yakin dengan maklumat tersebut...kita mudah terpengaruh," katanya.
Salleh turut meminta kakitangan awam terutama pegawai kemajuan masyarakat (Kemas) supaya sentiasa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan tanpa mempersoalkan dasar kerajaan yang dibentuk.
"Kerajaan itu dibentuk dan ditadbir oleh kakitangan awam dan parti pemerintah. Orang politik dan kakitangan awam adalah kombinasi parti pemerintah dan kita mesti sokong parti pemerintah.
Parti pemerintah ialah BN dan kita harus pertahankan kuasa bukan untuk diri kita sendiri tetapi kita mahu teruskan agenda pembangunan untuk kesejahteraan rakyat," jelas Salleh.
Beliau juga meminta rakyat negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan slogan politik "Sabah For Sabahans" yang ditonjolkan oleh pihak tertentu untuk meraih sokongan rakyat.
Sementara itu, ketika merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di SMK Pekan II Kota Belud kemudian, Salleh meminta para pelajar menguasai dan meningkatkan kemahiran dalam teknologi digital bagi membolehkan mereka bersaing agar tidak ketinggalan dalam dunia tanpa sempadan.
Katanya, langkah itu penting bagi membolehkan mereka dapat merebut peluang pekerjaan pada masa depan khususnya yang memerlukan kepakaran dalam dunia internet dan digital.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2017
SALLEH: Rakyat di Sabah perlu memberi mandat kepada kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.