Kegusaran serta kebimbangan rakyat Malaysia ke atas kehilangan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 berjawab.

Semalam, semasa suatu sidang media, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Pengumuman yang sukar diterima ini rata-ratanya telah meruntun jiwa rakyat Malaysia yang sama-sama menunggu berita baik dari tragedi yang julung kalinya berlaku kepada Negara.

Di media sosial, ahli politik, selebriti serta orang ramai berkongsi rasa dukacita serta terkejut dengan pengumuman itu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, serta pemimpin DAP Lim Kit Siang adalah antara ahli politik yang terawal mengucapkan rasa simpati dan takziah kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370.



Turut berkongsi kesedihan adalah Maira Elizabeth Nari, anak kepada ketua pramugara pesawat itu, Andrew Nari.



Walau bagaimanapun ramai yang bersetuju dengan kenyataan Najib, agar menghormati ahli keluarga penumpang serta anak kapal pesawat MH370 dalam mereka menghadapi saat getir ini.

Di Instagram, beberapa orang ramai turut memuatnaik gambar profil berwarna hitam bagai memperingati tragedi hitam ini.


















Satu sidang media mengenai pesawat MH370 dijangka akan diadakan hari ini.