Berbaki lima hari sahaja lagi tarikh membuang undi, sudah bersediakah anda untuk mengundi?

Laman media sosial, Twitter riuh dengan persiapan rakyat Malaysia untuk pulang mengundi yang dapat dilihat melalui hashtag #PulangMengundi.

Melalui hashtag tersebut, terbukti keterujaan rakyat Malaysia apabila wujudnya akaun rasmi sebagai platform untuk mengumpulkan subsidi kos serta menyediakan perkhidmatan carpool dari serata Malaysia.

Setakat satu Mei lalu, pemilik akaun twitter @pulangundi mengumumkan telah menerima RM30 000 sepanjang kempen dijalankan.

Tidak hanya itu, kira-kira 3 500 rakyat Malaysia dijangkakan akan pulang mengundi melalui perkhidmatan carpool.



Tinjauan kami di Twitter juga menunjukkan kebanyakkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan melalui tanda pagar tersebut sudah menerima subsidi untuk pulang mengundi dan sudah mula menjumpai pasangan carpool mereka.

Lebih mengharukan apabila terdapat rakyat Malaysia yang sanggup untuk mendermakan makanan di Lapangan Terbang Antrabangsa Kota Kinabalu bagi mereka yang pulang mengundi.


Terdahulu, hashtag #PulangMengundi digunakan untuk membantu mereka yang layak mengundi tetapi tidak mampu untuk pulang mengundi di kampung halaman masing-masing.