NEGERI Sembilan Darul Khusus, negeri yang dikenali sebagai Tanah Waghih dan Adat Pepatihnya.
Terletak bersempadan Selangor, negeri terkaya di Malaysia, tempias pembangunan dan kesannya turut dirasai di Negeri Sembilan, yang semakin membangun selain bertambah rancak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Terlaksananya projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang mewujudkan populasi di sekeliling kawasan itu, yang hampir dengan daerah Seremban, menghubungkan lebih erat antara dua negeri tersebut.
Sejak itu, pelbagai kemudahan dirasakan penduduknya, dengan pembangunan infrastruktur yang mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk setempat, sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi seterusnya menyumbang kepada perkembangan pendapatan negeri.
Cetusan idea kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, lebih dikenali sebagai Tok Mat, untuk merangka pelan Rancangan Jangka Panjang Negeri Sembilan Moden 2015-2045 memperlihat tekad untuk membangunkan Negeri Sembilan menjadi negeri ‘power house’ ekonomi Malaysia.
Ditambah pula dengan polisi diperkenalkan Tok Mat yang tidak mengenakan sebarang bayaran untuk permit perniagaan, aktiviti perniagaan di negeri ini semakin meriah dan rakyat senang untuk berniaga apa sahaja - di mana sahaja.
Pembangunan dirasai rakyat
Rata-rata rakyat senang dengan pentadbiran negeri di bawah BN, khususnya Tok Mat, yang dilihat bijak mengemudi sekali gus banyak mengubah landskap setempat dan kehidupan penduduknya.
“Saya anak jati Seremban, memang lahir sini, memang tak pernah termimpi lah benda ni ada depan mata, siap ada klinik gigi lagi,” kata Noraini Abdullah, 56 tahun, sambil menunjukkan bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seberang jalan dari tempatnya berniaga makanan dan minuman petang di kaki lima sebuah lot kedai.
Noraini merasakan sendiri perubahan di tempatnya malah kini dapat memanfaatkan pembangunan pesat itu tanpa rasa takut berada di tengah kota untuk berniaga walaupun secara kecil-kecilan.
“Tetapi biasa lah, Tok Mat kasi, kadang-kadang ada orang tak tahu lah dengki ke apa, tapi akak dengar apa yang Tok Mat kata,” katanya.
Nizam Mohd Nazri turut sama pendapat, katanya pentadbiran negeri bawah BN banyak membantu golongan pertengahan, khususnya peniaga sedia ada dengan membangunkan tempat-tempat berniaga yang lebih selesa.
Sejak lebih 10 tahun keluarganya meniaga makanan, daripada sebuah gerai sehingga kini berada di dalam sebuah kompleks medan selera di Ampangan. Sementara dia bekerja sebagai seorang kakitangan sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.
“Cumanya bab trafik mungkin dapat ditambah baik, sebab selalu sesak terutamanya kawasan sekitar Kuala Pilah contohnya, lagi-lagi hujung minggu dan musim perayaan,” ujarnya.
Menepati apa yang dimahukan dan diperlukan rakyat Negeri Sembilan, Tok Mat mengumumkan beberapa rancangan projek lebuh raya antaranya Lebuhraya Senawang-KLIA, Jalan Baru Nilai-Labu-Enstek KLIA dan Jalan Baru Temiang ke Jalan Pantai.
Perbanyakkan peluang pekerjaan
Segalanya baik. Namun pada sudut fikiran anak muda yang sayangkan Negeri Sembilan, mereka mahu peluang pekerjaan diperbanyakkan, juga diperkasakan.
Ketika ini mereka melihat ramai rakan-rakan mereka tidak dapat meneruskan impian di negeri sendiri akhirnya berhijrah ke negeri lain yang mempunyai ruang dan peluang lebih luas.
Azira Baharom teruja dengan manifesto BN kali ini yang memberi duit saguhati RM550 kepada pasangan baru berkahwin sepertinya, sekurang-kurangnya dapat tolong meringankan sedikit perbelanjaan untuk memulakan hidup baharu.
“Tapi saya harap anak muda diberi ruang dan peluang supaya dapat kembangkan bakat di sini, kalau tidak hilanglah orang Negeri Sembilan yang berbakat,” katanya yang juga merupakan seorang penulis bebas di samping menjalankan perniagaan nasi lemak bersama suaminya di Senawang.
Fitri Ramli, 32, yang membantu ayahnya meneruskan perniagaan kedai makan yang beroperasi sejak 20 tahun lalu di Sikamat, mahu kerenah birokrasi dalam memohon pekerjaan dapat dikurangkan kerana baginya ini antara faktor ramai anak muda tidak mahu bekerja dalam satu-satu bidang pekerjaan itu.
“Contohnya dahulu kalau tak silap saya kalau nak buat kad pengenalan, dua bulan baru siap. Sekarang ada tempat yang dah boleh buat dalam sejam.
“Jadi kita nak hal-hal lain turut dipertingkatkan perkhidmatannya macam ini,” kata Fitri, yang mahu terus menetap di Sikamat kerana percaya rezekinya di situ, juga rasa tanggungjawab untuk meneruskan perniagaan bapanya apabila dua daripada adik-beradiknya sudah berhijrah ke luar negeri.
Alwi Yahya, seorang pesara pula berharap supaya kebajikan orang luar bandar dapat terus dipelihara dan terus dibantu untuk dimudahkan punca rezeki mereka terutamanya yang menjalankan pekerjaan kampung seperti bercucuk tanam dan memungut hasil tanaman.
“Kalau menoreh getah ni bila musim hujan tak dapat motong (menoreh), kalau musim panas getah kering, getah kurang pula, dengan harga getah pun dah rendah. Harap Tok Mat dapat beri perhatian kepada mereka,” jelasnya.
Manifesto untuk Negeri Sembilan
Menerusi Manifesto BN Negeri Sembilan yang dilancarkan sempena Pilihan Raya Umum ke-14, parti itu menggariskan 18 inisiatif di bawah dua teras utama iaitu Memakmurkan Negeri dan Mensejahterakan Rakyat sekiranya diberi mandat sekali lagi untuk memerintah negeri itu.
Pelbagai aspek diambil kira dan disentuh dalam manifesto tersebut, antaranya isu utama seperti pendidikan, perubatan, perumahan dan peluang kerja, juga tidak melupakan segenap lapisan rakyat termasuk Orang Asli.
PRU kali ini bakal menyaksikan 607,793 pengundi akan memilih pemimpin mereka untuk lima tahun yang akan datang di Negeri Sembilan.
Tak kira siapa pun yang memegang tampuk kuasa, apa yang rakyat mahukan adalah kehidupan mereka terus sejahtera dan berupaya mengharungi cabaran sehari-harian dengan mudah dan lancar.
Israr Khalid
Mon May 07 2018
Negeri Sembilan semakin membangun selain bertambah rancak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - Gambar hiasan
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.