Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu rakyat bersama-sama kerajaan untuk mempertahankan negara agar peristiwa pencerobohan kumpulan bersenjata rakyat asing di Lahad Datu, Sabah tidak berulang.
Beliau berkata walaupun negara dalam keadaan aman dan selamat selama ini, tetapi rakyat tidak boleh ambil mudah kerana musuh mencari peluang menceroboh dan mahu lihat negara kucar kacir.
"Dalam kejadian itu (Lahad Datu) ada wira kita terbunuh dan ada harga yang perlu dibayar untuk mendapat keamanan, ini memang kita tidak duga tapi ia berlaku.
"Jadi saya mahu rakyat bersama-sama dengan kerajaan untuk mempertahankan negara, supaya negara kita tidak diceroboh oleh musuh," katanya semasa berucap pada program santai dan ramah mesra bersama penduduk di Kampung Nelayan Teluk Kumbar, dekat sini Sabtu.
Pada program yang dihadiri kira-kira 1,000 penduduk itu, Muhyiddin juga bersarapan pagi bersama-sama penduduk.
Beliau berkata situasi di Lahad Datu adalah terkawal kerana anggota pasukan keselamatan negara berjaya mengawalnya.
"Apa yang penting ialah perpaduan, kita tidak serupa, muka lain-lain, tetapi hasrat kita hanya satu iaitu mahukan perpaduan kerana hanya perpaduan dapat menjamin keamanan dan kemakmuran negara.
"Kita harus kekalkan perpaduan seiring dengan konsep 1Malaysia supaya peristiwa di Lahad Datu tidak berulang lagi kerana musuh negara memang mahu melihat rakyat menjadi kucar kacir supaya senang mereka (musuh) masuk," katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata 1Malaysia bukan hanya sekadar slogan tapi ia satu jaminan untuk rakyat hidup lebih selesa, makmur dan sejahtera.
Beliau berkata pemimpin negara sentiasa berusaha membantu rakyat bagi memastikan kehidupan di masa hadapan lebih baik berbanding sekarang.
"Mungkin apa yang kita lihat hari ini lebih baik berbanding 10 hingga 20 tahun dahulu, pemimpin negara sentiasa berusaha bagi memastikan rakyat hidup lebih baik dari masa ke semasa," katanya.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk menaik taraf jeti nelayan di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar
Bernama
Sat Mar 09 2013
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Rakyat perlu bersama kerajaan pertahankan negara
Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu rakyat bersama-sama kerajaan untuk mempertahankan negara.