KUALA LUMPUR: Rakyat Segamat mendoakan Ahli Parlimen mereka, Datuk Seri Dr Santhara Kumar selamat dalam kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.3 skala Richter yang melanda New Zealand pada Khamis.
Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn berkata rakyat Segamat turut menasihati Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan itu untuk melaporkan diri di kedutaan Malaysia sebagaimana saranan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk jaminan keselamatan dirinya.
"Ini membolehkan penduduk di Segamat tahu keberadaan Dr Santhara dan mendoakan agar beliau cepat pulang ke tanah air untuk menjalankan tugasan menjaga rakyat yang lama ditinggalkan.
"Sebagai seorang Ahli Parlimen, kehilangan beliau memberi kesan kepada penduduk di Segamat. Mereka memerlukan pembelaan dan bukannya berada di New Zealand bersama keluarga kerana bercuti selama 55 hari.
"Sudahlah kebersamaan kamu bersama PKR dikhinati, janganlah janji khidmat dan bakti kepada rakyat di Segamat turut menerima nasib yang sama," katanya semasa menghubungi Astro AWANI pada Sabtu.
BACA: "Cuti 55 hari di New Zealand untuk lawat keluarga, ikut prosedur" - Timbalan Menteri Wilayah
BACA: Gempa bumi 8.1 pada skala Richter landa New Zealand, amaran tsunami dikeluarkan
Sebelum ini, Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan kenyataan berhubung risiko tsunami di New Zealand dalam jarak kira-kira 300 kilometer dari pusat gempa.
Terdahulu, Bastien yang juga Ketua Pemuda UMNO Segamat bersama ahlinya mengunjungi beberapa buah rumah penduduk di sekitar kawasan berkenaan yang terjejas pendapatan akibat COVID-19.
Ujarnya, ada rumah yang dikunjungi mengadu terlalu banyak prosedur yang perlu dilalui bagi mendapatkan bantuan dari Pejabat Ahli Parlimen.
Tambahnya, ada juga seorang ibu tunggal yang mempunyai lima anak tidak dapat dibantu dengan alasan bukan pengundi di Parlimen Segamat.
"Sejak bila kelayakan untuk menerima bantuan daripada Ahli Parlimen mesti hanya kepada pengundi di Parlimen tersebut sahaja?
"Sebagai sebuah parti kerajaan - tidak kira permohonan itu datang dari sebarang latar belakang politik, kaum dan agama - kerajaan haruslah sentiasa sudi untuk membantu.
"Rakyat harus sentiasa diutamakan tidak kira pada musim pilihan raya atau tidak.
"Ahli Parlimen terutama dari pihak kerajaan harus memudahkan proses bantuan dan menerapkan perkara berkenaan.
"Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pengundi di Segamat harus mengambil iktibar dari episod Dr Santhara yang bercuti semasa musim pandemik.
"Ia cerminan kepada kesungguhan Ahli Parlimen daripada blok kerajaan sendiri," tegasnya.
Kata Bastien lagi, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Segamat juga telah membuat proses sanitasi di sekolah-sekolah bagi memastikan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat dan selesa.
"Namun, di mana kelibat Dr Santhara?" soalnya.
Dr Santhara sebelum ini memaklumkan, beliau ke New Zealand sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dan selepas permohonan cuti selama 55 hari bekerja disokong Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pada 10 Disember serta diluluskan Muhyiddin pada 18 Disember.
Astro Awani
Sat Mar 06 2021
Kata Bastien, ada penduduk mengadu terlalu banyak prosedur yang perlu dilalui bagi mendapatkan bantuan dari Pejabat Ahli Parlimen Segamat. -Gambar Pemuda UMNO
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Rakyat Segamat doa Dr Santhara segera pulang kawasan susulan gempa NZ - Bastien
Rakyat Segamat mendoakan Ahli Parlimen mereka, Datuk Seri Dr Santhara Kumar selamat dalam kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.3 skala Richter yang melanda New Zealand pada Khamis.