KUALA LUMPUR:Gagal mematuhi penjarakan fizikal adalah antara kesalahan tertinggi yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Berikut merupakan tumpuan utama kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung Perintah  Kawalan Pergerakan (PKP) pada 15 November:

1) 516 individu dikompaun, 49 direman serta tiga dijamin ingkar arahan PKP.

2) Seramai 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi penguatkuasaan Op Benteng.

3) Sebanyak 250 sekatan jalan raya dikuatkuasakan.

4) Seramai 67,555 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

5) 9,488 individu diarah menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 388 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.