Ramalan banyak pihak tentang UMNO Johor berpuak-puak, berpecah dan lemah, susulan penggantungan dan pemecatan Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO tidak berlaku, malah UMNO Johor masih kekal kuat seperti dahulu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ramalan itu tidak berlaku sama sekali.
"UMNO Johor masih seperti sebelum ini. Kerana UMNO Johor ini bukan terbina sehari dua. Bukan semalam, bukan sejak dua atau tiga pilihan raya yang lepas.
"Walaupun banyak gelora dan cabaran yang telah UMNO Johor hadapi semenjak tahun lepas, ternyata kesatuan ahli masih lagi sangat utuh," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Dataran Sedili Besar, Tanjung Sedili, di sini hari ini.
Perasmian berkenaan dilakukan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mohamad Khaled menjelaskan bahawa UMNO Johor lahir sebelum kewujudan Malaysia dan kelahirannya adalah pada saat negara masih dalam berantakan serta mencari maruah diri.
"Jadi, untuk sebuah gerakan siasah yang sematang ini, ia punya kekuatan yang luar biasa. Lebih-lebih lagi di tempat kelahirannya sendiri," katanya.
"Walaupun Tan Sri (Muhyiddin) adalah tokoh besar Johor dan sangat berjasa, beliau telah memilih haluan sendiri, haluan yang berlainan.
"Jadi, UMNO Johor mesti menghormati pendirian tersebut. Dan tugas kita terhadap UMNO harus diteruskan, malah mesti ditingkatkan," kata beliau.
Beliau berkata anggota UMNO perlu melihat perkara itu sebagai sebuah realiti sebuah perjuangan.
"Akan ada yang tercicir, akan ada yang tersasar, akan ada yang menarik diri, akan ada yang memilih jalan lain.
"Namun, yang harus kita fokuskan bukanlah kepada wujudnya perbezaan tersebut. Bukan pada mereka yang pergi. Kerana itu sudah lumrah," kata beliau.
Tegas Mohamed Khaled, fokus sebaliknya harus diberi kepada mereka yang memilih untuk kekal bersetia dengan wadah ini.
"Kerana bagi keseluruhan ahli UMNO Johor, UMNO itu bukan sekadar sebuah parti politik Melayu. Bukan sekadar sebuah institusi Melayu.
"Tetapi UMNO itulah pencetus sebenar kemajuan bangsa Melayu. UMNO inilah yang telah menghasilkan 'the national awakening' atau kebangkitan nasional," kata menteri besar.
Beliau berkata peranan besar UMNO dalam kebangkitan nasional itulah yang telah membolehkan semua berada di kedudukan sekarang, yang menjadikan Malaysia, serta segala ceritanya, sebuah kejayaan yang besar.
Bernama
Sun Aug 14 2016
KHALED: Walaupun banyak gelora dan cabaran yang telah UMNO Johor hadapi semenjak tahun lepas, ternyata kesatuan ahli masih lagi sangat utuh.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
PLKN 3.0 ikut acuan Malaysia, pupuk kemajmukan rakyat - Khaled Nordin
Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 tidak akan mengikut acuan atau format negara luar.
Hukuman lima kadet ALK-UPNM terbabit kes buli dua minggu lagi
Keputusan hukuman terhadap lima kadet ALK Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terbabit dalam dua kes buli berasingan diketahui dalam tempoh dua minggu.
Keputusan perolehan Black Hawk tunggu Oktober ini - Khaled Nordin
Perkembangan kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk Tentera Darat Malaysia (TDM) akan diketahui pada Oktober ini.
Ahli UMNO jangan desak parti - Khaled Nordin
Semua ahli UMNO diingatkan agar tidak lagi mendesak kepimpinan parti dengan pelbagai tuntutan yang sukar untuk dipenuhi.
Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, status tersebut merupakan yang terkini dilaporkan pada beliau, iaitu sehingga Mei 2024.
Konflik Gaza cabar hati nurani setiap manusia - Khaled Nordin
Malaysia kekal dengan pendirian menyokong gencatan senjata serta-merta dan menyambut baik sebarang cadangan yang membantu ke arah mencapai matlamat itu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa
Kerajaan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Nahas helikopter Lumut: 'Tiga kali raptai sebelum terhempas' - Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.
Mindef tidak lengahkan pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif LTAT
Mindef masih mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas dikosongkan baru-baru ini.