KLANG: Padah mencederakan wanita, seorang gelandangan yang dikenali sebagai Rambo dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Klang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pendakwaan terhadap tertuduh dijalankan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera parah kepada mangsa.

"Tertuduh yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 40 tahun dijatuhkan hukuman oleh Majistret P. Sarulatha," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Rabu lalu, seorang wanita menempuh detik mencemaskan apabila ditendang, dipukul sebelum disamun seorang gelandangan dalam kejadian di bangunan Centre Point di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 30-an berjalan kaki seorang diri telah ditendang dari arah belakang oleh seorang lelaki sehingga menyebabkan mangsa terjatuh sebelum disamun.

BACA: Gelandangan tendang, samun wanita diberkas


*Berita asal di Sinar Harian