SHAH ALAM: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) bukan diwujudkan untuk kerajaan negeri mendabik dada atau seolah-olah mahu menunjukkan Selangor adalah negeri hebat berbanding negeri lain.
Sebaliknya, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, rancangan itu merupakan usaha kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan direncana dengan lebih terperinci.
Menurutnya, RS-1 yang akan dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 25 Julai ini juga akan menyambung dan melengkapkan segala dasar di peringkat nasional termasuk Dasar Kemakmuran Bersama dan Rancangan Malaysia.
"Di peringkat negeri, kita mempunyai sub-sub bidang tertentu, kita mempunyai aset dan potensi tertentu dan potensi itulah yang digabungkan dan dibugarkan.
"Saya percaya, kita di Selangor merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai pelan sebegitu rupa - menggabungkan semua aspek, mencantumkan semua nilai, serta membentangkan, meneliti, menjalinkan semua rancangan, pelan jangka pendek, sederhana dan panjang yang ada dalam negeri dan negara kita.
"Ia termasuk menghubungkannya dengan pihak swasta untuk kemajuan dan kelestarian pembangunan negeri," katanya ketika berucap pada Majlis Simposium Pra-Pelancaran RS-1 2021-2025 di sini hari ini.
Tambah Amirudin, kerajaan negeri juga berhasrat menjadikan Selangor sebagai Negeri Pintar, Berdaya Huni dan Makmur menjelang 2025 menerusi inisiatif di bawah RS-1.
Menurutnya, empat tema diangkat sebagai panduan iaitu Ekonomi, Sosial, Kelestarian dan Tadbir Urus.
Tema Ekonomi, katanya, bermatlamat mengukuhkan lagi status Selangor sebagai nadi pertumbuhan ekonomi dan destinasi utama pelaburan berkualiti di Malaysia dan Asia.
Ia juga bagi mewujudkan peluang pelaburan berimpak tinggi melalui pendekatan mesra pelabur yang akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, sekali gus meningkatkan dan merancakkan ekonomi pasca pandemik.
"Tema Sosial berhasrat menjadikan Selangor sebuah negeri yang ideal untuk diduduki dengan memberikan penekanan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat secara seimbang dan terangkum.
"Tema ini akan memberi tumpuan kepada pembangunan sosial dengan menyediakan peluang untuk rakyat Selangor menjana pendapatan dengan menyediakan intervensi sosial bersasar kepada golongan miskin bandar dan luar bandar.
"Selain itu, kerajaan negeri juga berhasrat mendaya-upaya rakyat dengan perkembangan teknologi digital selaras dengan visi untuk menjadikan Selangor negeri pintar," ujarnya.
Tema Kelestarian pula, jelas Amirudin, memberi fokus kepada menjadikan Selangor peneraju pembangunan lestari dengan memelihara dan memulihara alam sekitar serta meletakkan perubahan iklim sebagai aspek penting pembangunan negeri.
"Tema Tadbir Urus berobjektifkan matlamat mentrasformasi perkhidmatan awam negeri menjadi sebuah organisasi moden, berwawasan dan berpaksikan rakyat dalam memudahcara pembangunan dan perniagaan.
"Di bawah tema ini, kerajaan negeri juga akan memberikan penekanan kepada tadbir urus SMART dan berpaksikan rakyat
"Ini bagi menjadikan perkhidmatan awam negeri lebih responsif, produktif dan tangkas dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi digital dalam menyampaikan perkhidmatan," ujarnya.
Ridauddin Daud
Thu Jul 07 2022
AMIRUDIN: Saya percaya, kita di Selangor merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai pelan sebegitu rupa - menggabungkan semua aspek, mencantumkan semua nilai, menjalinkan semua rancangan. - Gambar fail
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Insentif dan bantuan menyeluruh, jamin kesejahteraan anak Selangor
Limpahan ekonomi Selangor membolehkan kerajaan negeri memastikan rakyatnya menikmati pembangunan dan perlindungan sosial terbaik.
PRN: Amirudin luah hasrat terus terajui kerajaan Selangor
Beliau cenderung untuk terus menjawat jawatan berkenaan bagi membantu kerajaan negeri melengkapkan pelaksanaan pelbagai pelan pembangunan.
Selangor akan manfaatkan RS-1 untuk pacu asas ekonomi pada 2023
Walaupun dijangka tidak mencatat pencapaian baik pada 2023, kerajaan Selangor tetap optimis dengan mengutamakan aspek perancangan masa depan.
RS-1 mampu merangsang peningkatan ekonomi - Teng Chang Khim
Buat masa ini Selangor merupakan satu-satunya yang mempunyai rancangan diperingkat negeri yang boleh meransangkan peningkatan ekonomi.
DUN Selangor lulus usul Rancangan Selangor Pertama
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul projek pembangunan Rancangan Selangor Pertama 2021-2025 (RS-1) berjumlah RM212.44 bilion.
Selangor perkenal SSOC hantar amaran awal bencana
Kejadian banjir dan tanah runtuh di Selangor sering berlaku disebabkan oleh pembangunan dan keadaan cuaca yang ekstrem.
Rancangan Selangor Pertama: Bukan mahu dabik dada, tunjuk hebat - Amirudin
Rancangan itu merupakan usaha kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan direncana dengan lebih terperinci.
Rancangan Selangor Pertama bakal dibentang Julai ini
Ia meliputi rancangan dari segenap sudut seperti halu tuju, perancangan pembangunan, sosioekonomi, kebudayaan, pendidikan.