Draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional belum disediakan lagi pada masa ini dan kerajaan masih di peringkat perbincangan mengenai prinsip-prinsip asas yang akan dijadikan panduan dalam penggubalannya.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat, penggubalan Akta Keharmonian Nasional akan dibuat Jabatan Peguam Negara hanya setelah perkara-perkara prinsip dan dasar diputuskan kelak.
"Hanya selepas konsensus umum dicapai dalam kalangan rakyat termasuk mereka di Sabah dan Sarawak, barulah kelak proses penggubalan akan dimulakan.
"Proses ini akan mengambil masa agar undang-undang yang baharu kelak benar-benar dapat membantu merealisasikan matlamat kita untuk membina sebuah negara yang stabil, aman dan harmoni," kata kenyataan itu.
Ia menegaskan mana-mana draf rang undang-undang yang disediakan mana-mana pihak selain daripada Jabatan Peguam Negara adalah tidak sahih dan tidak boleh diterima.
Menurut kenyataan itu, kerajaan tidak akan tergesa-gesa menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan undang-undang baharu tanpa meneliti semua aspek berkaitan termasuk elemen pencegahan.
Kerajaan, katanya, tidak akan mengambil langkah atau tindakan yang boleh menyebabkan suasana dalam negara tidak tenteram.
"Negara masih memerlukan sokongan undang-undang yang mampu menjadi 'deterrent'(pencegah) bagi memastikan keamanan, keharmonian dan kestabilan negara terus dipelihara," kata Pejabat Perdana Menteri.
Kerajaan sebelum ini dilaporkan sedia mengkaji menggantikan Akta Hasutan 1948, sebuah akta lama, dengan satu akta baharu bersesuaian dengan keadaan semasa.
Pejabat Perdana Menteri seterusnya menekankan bahawa kebebasan yang diberi kepada rakyat perlu diimbangi dengan undang-undang untuk melindungi prinsip-prinsip penting yang telah sekian lama didukung oleh masyarakat di negara ini.
"Ini termasuk peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu kedudukan agama Islam dan Raja-raja, hak-hak keistimewaan orang Melayu dan sebagainya. Semua peruntukan ini akan dikekalkan," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, rundingan akan diadakan dengan semua pihak berkepentingan termasuk kumpulan-kumpulan mewakili kepentingan orang Melayu yang rata-rata bimbang dengan cadangan pemansuhan akta berkenaan.
"Apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh kerajaan tidak akan menyebabkan masyarakat berbilang bangsa negara ini merasa bimbang, kurang yakin atau tergugat," kata kenyataan itu.
Ia menarik perhatian bahawa dalam mengubah atau memperkenal satu akta baharu, ia perlu lebih baik daripada akta sedia ada.
"Selain itu, ia juga mesti mampu mengawal fahaman serta pergerakan radikal, ekstrem atau fanatik selain mengekang pelampau kaum dan agama dalam masyarakat," katanya.
Kenyataan itu merujuk kepada empat pandangan berlainan yang wujud berkaitan Akta Hasutan berdasarkan perbincangan dan maklum balas yang diterima kerajaan.
Ada permintaan supaya Akta Hasutan dikekalkan dengan sedikit pindaan sahaja manakala ada pihak yang menggesa supaya akta itu dihapuskan sama sekali.
Ada juga yang memilih untuk menggantikan akta itu dengan Akta Keharmonian Nasional demi menjaga perpaduan dan kestabilan negara.
Selain itu, ada pihak yang mahu Akta Keharmonian Nasional diwujudkan sebagai akta baharu di samping Akta Hasutan 1948 yang patut dikekalkan.
"Kerajaan ingin menegaskan bahawa sebarang keputusan yang dibuat sama ada untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 atau memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional hendaklah dibuat dengan rasional, berhemah dan terbuka," kata kenyataan itu.
Menurutnya, proses itu hendaklah dilakukan dalam keadaan terkawal supaya negara terus berada dalam keadaan harmoni, kukuh dan stabil.
Bernama
Fri Sep 12 2014
Draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional belum disediakan lagi pada masa ini dan masih di peringkat perbincangan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Rang undang-undang Keharmonian Nasional masih di peringkat perbincangan
Draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional belum disediakan lagi pada masa ini dan kerajaan masih di peringkat perbincangan mengenai prinsip asas yang akan dijadikan panduan dalam penggubalannya.