KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Rang Undang-Undang itu dibacakan Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju bertujuan meminda dan menambah baik Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang antara lain memasukkan sesyen baharu yang membolehkan hukuman denda maksimum RM100,000 dikenakan terhadap pesalah dalam kes penganjuran dan mempromosikan hidupan liar.
Menurut naskah biru (blue bill) yang diedarkan kepada media, antara seksyen baharu yang dimasukkan dalam rang undang-undang itu adalah Seskyen 88A dan 88B yang memperuntukkan hukuman bagi mereka yang menganjurkan pertunjukan hidupan liar dan mempromosi hidupan liar.
Bagi Seksyen 88A, individu dilarang untuk menganjurkan pertunjukan hidupan liar melainkan pemegang permit untuk mengendalikan zoo.
Individu yang melanggar seksyen berkenaan dianggap melakukan kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi Seksyen 88B, tiada seorangpun boleh mempromosi mana-mana hidupan liar atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar bagi urusan berniaga melainkan jika dia peniaga berlesen atau pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga.
Individu yang melanggar seksyen itu boleh didenda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu Ali turut membentang Rang Undang-Undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021 kali pertama yang antara lain mencadangkan bidang kuasa nilaian pejabat pusaka ditingkatkan daripada tidak melebihi RM2 juta kepada maksimum RM5 juta.
Pindaan kepada Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 itu turut mencadangkan mana-mana waris yang tidak dapat hadir ke pendengaran petisyen pembahagian harta pusaka kecil untuk mengemukakan surat persetujuan, namun Pegawai Pembahagian Harta Pusaka diberi budi bicara meneruskan pendengaran walaupun surat tidak dikemukakan.
Kedua-dua rang undang-undang itu, menurut Ali akan dibentang untuk bacaan kali kedua pada mesyuarat kedua nanti.
Selain itu, turut dibentang untuk bacaan kali pertama ialah Rang Undang-undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 yang antaranya mencadangkan larangan penggunaan apa-apa pernyataan, ungkapan, atau petunjuk yang mungkin mendiskriminasi atau memboikot apa-apa keluaran atau barang-barang.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata ia akan dibentang untuk bacaan kali kedua pada sesi mesyuarat kali ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 11 2021
Antara seksyen baharu yang dimasukkan dalam rang undang-undang itu adalah Seskyen 88A dan 88B yang memperuntukkan hukuman bagi mereka yang menganjurkan pertunjukan hidupan liar dan mempromosi hidupan liar. - Gambar fail
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Perhilitan Kedah siap siaga tangani konflik hidupan liar semasa banjir
Perhilitan sedia memastikan konflik antara hidupan liar dan manusia dapat dikurangkan serta diatasi dengan sebaik mungkin.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Ternak beruang untuk hempedu: Perdagangan komersial kejam ancam hidupan liar
Beruang dibiarkan menderita tanpa rawatan perubatan, dan ada yang mati akibat pencemaran atau kanser.
Peranti pengesan pergerakan dicadang untuk kurangkan insiden langgar hidupan liar
Penggunaan teknologi IoT dan AI melalui peranti pengesan pergerakan dicadangkan di kawasan jalan raya yang kerap berlaku insiden 'roadkill' atau melanggar hidupan liar.
10 November diisytihar Hari Enggang Kebangsaan
Pengisytiharan itu diharapkan dapat memangkin lebih banyak penyertaan aktif dalam aktiviti pemuliharaan hidupan liar.
BORA, RESPECT promosi kaedah baharu urus konflik gajah-manusia
Pendekatan itu termasuk membangunkan kawasan makanan gajah di lokasi tertentu, jauh dari kawasan ladang dan kebun.
Perhilitan Kelantan selamatkan tapir jatuh longkang
Haiwan itu dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Jedok yang terletak kira-kira 30 kilometer dari lokasi kejadian.
Kazakhstan akan bawa dua harimau belang Amur dari Belanda untuk pulihkan semula populasinya
Harimau belang Amur boleh menyesuaikan diri dengan suhu sejuk, manakala kebanyakan spesies lain hidup di kawasan yang panas dan lembap.
Harimau Malaya: Simbol gagah, hampir pupus sudah
Harimau Malaya kini diklasifikasikan sebagai Sangat Terancam dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN.
Perhilitan tangkap gajah liar di Mersing
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap seekor gajah liar jantan di Kampung Triang Besar di sini, Isnin lepas.