PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) tentunya menyaksikan banyak masa kanak-kanak dihabiskan di dalam rumah.

Bagi memastikan mereka tidak bosan, pelbagai aktiviti boleh dilakukan dan salah satu caranya adalah dengan membelikan permainan yang bersesuaian mengikut peringkat usia mereka.

Sekiranya para ibu bapa buntu dan tidak tahu permainan apa yang patut dibeli, kami sarankan untuk anda melihat senaraian berikut.

1. Blok binaan

Gambar Lazada

Ia membantu anak menjadi lebih kreatif, di samping mampu mengasah kemahiran kejuruteraan apabila mereka membina, mengenal pasti dan menyusun atur blok-blok tersebut.

Kami sarankan ibu bapa mendapatkan permainan blok binaan ini yang didatangkan dalam 100, 182, 260 dan 416 ketul.

Ia 100 peratus baharu, berkualiti tinggi dan mesra alam sekitar. Klik di sini untuk mendapatkannya.


2. Tanah liat

Gambar Lazada

Bermain dengan tanah liat menjadi antara permainan yang digemari oleh kanak-kanak.

Tanah liat mampu merangsang minda untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif selain mewujudkan elemen artistik dalam diri mereka.

Anda boleh mendapatkannya dalam 12, 24 dan 36 pilihan warna di sini, selain bersifat ringan, lembut, tidak melekit dan tidak meninggalkan kesan.


3. Puzzle

Gambar Lazada

Tidak dinafikan dengan bermain puzzle (papan susun suai), ia melatih minda anak untuk fokus serta teliti terhadap sesuatu perkara.

Selain itu, ia juga memupuk kesabaran dalam diri dan meluaskan perspektif pemikiran.

Kami sarankan ibu bapa mendapatkannya di sini kerana ia mempunyai pelbagai pilihan corak seperti haiwan dan alam sekitar sebanyak 150 keping.

Ia mempunyai ketebalan 2.5 mm dan berukuran 53x53 cm.


4. Buku lukisan

Gambar Lazada

Melalui lukisan, ia mampu mengasah bakat seni dalam diri anak-anak.

Ia turut membantu mereka mengenali warna dan fungsinya. Buku lukisan di sini menyediakan pelbagai tema menarik seperti taman, hutan, haiwan dan fantasy dream.

Anak-anak boleh mewarnakan setiap rekaan didalamnya mengikut kreativiti masing-masing selain selamat dan tidak bertoksik.


5. Bola

Gambar Lazada

Bermain bola dapat merangsang kemampuan anak-anak untuk bergerak melaui sentuhan untuk menangkapnya dan membantu koordinasi mata si kecil lebih tangkas dari masa ke masa.

Kami sarankan ibu bapa dapatkannya di sini, ia berkualiti tinggi tanpa bahan bertoksik serta tidak berbau dengan ukuran garis pusat (diameter) 55mm dan didatangkan dengan pelbagai pilihan warna.

Rangsanglah minda anak-anak sejak awal usia mengikut peringkat dan kesesuaian tertentu. Ia bukan sahaja menggalakkan fungsi otak, malahan merapatkan jalinan kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak.


*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.

**Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!