KLANG: Calon Pakatan Harapan (PH), Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad menang kerusi N.20 Lembah Jaya menewaskan saingannya Sharifah Haslizah Syed Arifin calon Perikatan Nasional (PN).


Syed Ahmad berjaya meraih 26,298 undi dengan majoriti 6,678 undi meninggalkan Sharifah Haslizah yang hanya meraih 19,620 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRN DUN N20 Lembah Jaya, Zafrul Fazry Mohd Fauzi di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kampung Ampang Indah, di sini, sebentar tadi.

Ikuti perkembangan terkini keputusan rasmi dan tidak rasmi di pru.astroawani.com