Rasuah bekas Presiden Korea Selatan, pewaris Samsung Group dihukum penjara

Astro Awani
Januari 18, 2021 06:28 MYT
Jae-yong yang juga Naib Pengerusi Samsung Electronics dituduh memberi rasuah kepada bekas pemimpin nombor satu Korea Selatan itu bagi mendapat sokongan kerajaan susulan dua penggabungan syarikat Samsung. - Foto REUTERS
SEOUL : Pewaris syarikat gergasi teknologi, Samsung Group (Samsung), Lee Jae-yong dihukum penjara dua tahun dan enam bulan selepas didapati bersalah merasuah bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye pada 2015.
Keputusan dibuat Mahkamah Tinggi Korea Selatan yang bersidang pada Isnin.
Sebelum ini Mahkamah Tinggi negara itu menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap Geun-hye atas kesalahan menerima rasuah, pada minggu lalu.
Jae-yong yang juga Naib Pengerusi Samsung Electronics sebelum ini dituduh memberi rasuah kepada bekas pemimpin nombor satu Korea Selatan itu bagi mendapat sokongan kerajaan susulan dua penggabungan syarikat Samsung.
BACA: Bekas Presiden Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara 20 tahun
Dalam pada itu, peguam Jae-Yong menegaskan, anak guamnya itu menjadi mangsa salah guna kuasa Geun-Hye dan turut menyatakan usahasama dilakukan pada tahun 2015 adalah sebagai aktiviti peniagaan biasa.
Jae-yong pernah dijatuhkan hukuman penjara pada 2017 atas tuduhan rasuah dan kesalahan lain yang menyaksikan Park Geun-hye digulingkan.
Bagaimanapun, Mahkamah Agung kemudian memerintahkan lelaki berusia 52 tahun itu untuk menjalani perbicaraan semula.
#dihukum #penjara #Rasuah #Samsung #2015 #Korea Selatan #bekas Presiden Korea Selatan #Samsung Group #Park Geun-Hye