Seorang kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Perlis telah direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah berjumlah RM4,000.
Tempoh reman berkuat kuasa hari ini hingga Rabu depan itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Hafzan Ab. Aziz di Mahkamah Majistret Kangar pagi tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Menurut sumber, suspek berusia 48 tahun itu ditahan di sebuah kedai makan di Kuala Sungai Baru kira-kira pukul 1.50 petang semalam.
Katanya, suspek telah meminta wang berjumlah RM4,000 daripada seorang pemilik bot dan wang berjumlah RM2,000 telah diberikan sebelum ini.
"Suspek merupakan individu yang menguruskan hal berkaitan perlesenan. Suapan itu bertujuan untuk mempercepatkan proses perbaharuan lesen bot pemilik bot tersebut," katanya.
Tambah sumber itu lagi, SPRM juga telah membekukan empat akaun bank atas nama suspek yang dianggarkan bernilai kira-kira RM500,000.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan pembekuan tersebut namun enggan mengulas lanjut.
Hilal Azmi
Fri Jul 27 2018
Suspek yang berusia 48 tahun diiringi pegawai SPRM di Mahkamah Majistret Kangar pagi tadi. - Foto ihsan SPRM
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
Rasuah: Pegawai Perikanan direman 6 hari, akaun RM500,000 dibeku
Seorang kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Perlis direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah berjumlah RM4,000.