Segunung penyesalan yang diluahkan seorang lelaki berusia 49 tahun tidak dapat meringankan hukumannya apabila dijatuhi hukuman penjara 115 tahun dan 20 kali sebatan selepas mengaku salah terhadap lima tuduhan sumbang mahram dan satu tuduhan cabul terhadap anak tunggalnya sendiri.
Hakim Mahkamah Majistret Betong, Jason Juga sebaliknya menetapkan hukuman 22 tahun penjara dan empat sebatan terhadap setiap pertuduhan sumbang mahram yang dilakukan tertuduh, manakala untuk kes cabul, dijatuhi penjara lima tahun.
Semua hukuman tersebut berjalan serentak bermula tarikh tertuduh ditahan pihak polis, menjadikan dia sebagai penghuni tirai besi selama 22 tahun.
BACA: Sumbang mahram: 4 sekeluarga bakal mereput 25 hingga 30 tahun di penjara
BACA: Rogol anak kandung, bapa dihukum penjara 54 tahun, 21 sebatan
Bekerja sebagai petani, tertuduh yang masih beristeri ini mula "meratah" anaknya sendiri yang kini berusia 15 tahun sejak tiga tahun lalu, bermula di sebuah pondok di ladang kelapa sawit miliknya.
Setelah itu, suspek terus menjadikan gadis malang ini sebagai santapan nafsunya berulang kali, termasuk di bilik tidur mangsa, dan tandas rumah mereka di Kampung Emplam, Kabong, selain tepi jalan dan hotel di Pekan Saratok.
Mangsa bagaimanapun enggan membuat laporan polis, kerana khuatir tidak diberikan belanja sekolah, selain memahami tertuduh menjadi tempat mereka sekeluarga bergantung hidup.
Mangsa bagaimanapun meluahkan sejarah hitamnya pada 17 Ogos lalu, dalam satu sesi kaunseling di Sekolah Menengah Kerajaan Agama Saratok di sini.
Mangsa yang juga anak tunggal tertuduh dan isterinya yang berusia 51 tahun, mengakui menjadi mangsa perkosa bapanya.
Ini kejadian kedua dalam tempoh kurang sebulan selepas empat beranak menjadikan dua anggota keluarganya sendiri sebagai "santapan seks" di Kampung Daha Seroban di Serian.
Kes dituduh di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.
Rudi Affendi Khalik
Wed Sep 06 2017
Bekerja sebagai petani, tertuduh yang masih beristeri ini mula "meratah" anaknya sendiri yang kini berusia 15 tahun sejak tiga tahun lalu. - Foto Astro AWANI
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Pemandu lori lakukan amang seksual terhadap anak dipenjara, sebat
Seorang pemandu lori dihukum penjara tiga tahun enam bulan dan dua sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak kandung.
Ibu tunggal, teman lelaki dera anak dipenjara dua tahun
Ibu tunggal dan teman lelakinya dijatuhkan hukuman penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mendera anak kandung perempuan berusia lima tahun sejak Ogos lalu.
Pemandu lori didakwa lakukan amang seksual terhadap anak kandung
Lelaki berumur 41 tahun berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu ketika mangsa berumur 12 tahun dan 13 tahun di sebuah rumah di Hulu Langat.
Menantu dari 'neraka' rakam suami aniaya ibu kandung
Warga emas itu tidak berdaya mempertahankan diri ketika ditampar pipinya dan diseret oleh anak lelaki sulungnya itu.
Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak
Perbuatan suspek berusia 40-an itu terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 20 tahun membuat laporan polis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Pemandu lori dituduh lakukan amang seksual terhadap anak kandung
Bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan amang seksual bagi maksud seksual terhadap mangsa, yang juga anak bongsunya.
Beri bayi 16 bulan dadah, pasangan kekasih ditahan
Sepasang kekasih ditahan selepas disyaki memberikan dadah kepada bayi berusia 1 tahun 4 bulan yang dipercayai anak kandung mereka.
11 tahun jadi hamba seks bapa sendiri, remaja hamil tampil lapor polis
Seorang remaja perempuan yang tinggal di sebuah kampung di sini mendakwa menjadi hamba seks bapanya sejak berusia enam tahun dan kini didapati mengandung hasil hubungan terlarang itu.