HAVANA: Raul Castro mengumumkan pengundurannya sebagai Ketua Parti Komunis Cuba ketika kongres parti pemerintah yang kelapan di Havana.

Pengunduran ini bermakna buat pertama kalinya dalam enam dekad, Cuba tidak lagi dipimpin keluarga Castro sejak revolusi 1959.

Raul, 89 tahun, tidak memperincikan penggantinya namun sebelum ini beliau dilaporkan pernah memberi bayangan tempatnya akan digantikan Miguel Diaz Canel.

"Kepada saya, tugas sebagai pemimpin Parti Komunis di Cuba dirumuskan dengan berjaya memenuhi keyakinan di negara ini.

"Dengan hasrat tidak menerima cadangan untuk mengekalkan kedudukan dalam organisasi parti ini, saya akan kekal berkhidmat kepada negara dan sedia untuk menyumbang sehingga akhir hayat," katanya.

Raul dilantik sebagai presiden pada 2018, selepas persaraan abangnya, Fidel.

Beliau mewakili generasi baharu kepimpinan yang melonjakkan ekonomi Cuba, tanpa menyentuh sistem satu parti di Cuba. 

Perubahan pentadbiran itu berlaku ketika Cuba berdepan krisis ekonomi terburuk dalam beberapa dekad, yang berpunca daripada pandemik COVID-19.

Cuba juga berdepan pelbagai sekatan yang dikenakan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.