KUALA LUMPUR: Peneraju industri acara, webinar dan persidangan, LINC@AWANI terus komited membantu lebih ramai usahawan dengan menganjurkan persidangan secara dalam talian, Reboot Now bermula 13 hingga 15 Januari ini.
Persidangan tersebut akan memberikan perkongsian secara komprehensif meliputi kemahiran, ilmu dan trend bisnes terkini kepada orang ramai terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar mempertingkatkan daya tahan perniagaan melalui adaptasi teknologi digital melalui strategi, operasi dan pemasaran.
Selain itu, ia turut menjemput panel jemputan yang terdiri daripada pakar-pakar pemikir strategik dan ahli perniagaan yang berjaya dalam pelbagai jenis industri perniagaan, dan berkongsi peranan yang dimainkan oleh evolusi pendigitalan dalam perniagaan sekali gus peluang untuk anda "level up" perniagaan.
Pada hari pertama, Reboot Now dimulakan dengan majlis pembukaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed yang memberikan penekanan terhadap kepentingan pendigitalan perniagaan pada masa ini.
Seterusnya, persidangan diteruskan dengan perkongsian pertama yang bertajuk “Adakah Agensi Media Satu Keperluan Bagi PKS?” oleh Pengarah Urusan People Brand Agency, Sam Bahren Ali dan pembentangan pertama, iaitu “Membina Ketahanan Perniagaan Melalui Pendigitalan” oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan SME Corp, Aminuddin Mohamed.
Dalam pada itu, ia terus dirancakkan dengan diskusi “Durian Runtuh di Selangor – Bagaimana SIDEC Membantu PKS Teroka Potensi Digital” oleh SIDEC, Wavpay Systems Sdn Bhd dan pengusaha PKS, termasuk Workshop Reboot Now oleh Sunway University Business School: “21st Century Branding and New Consumer Paradigms” dan “Protecting IP rights for SMES”.
Antara kelainan yang ditonjolkan pada persidangan kali ini adalah dengan memberi pendedahan akan penggunaan tengkorak cetakan 3D dalam kehidupan yang dilihat mampu menyelamatkan nyawa oleh Ketua Pegawai Eksekutif 3D Gens Sdn Bhd, Dr Izhar Aziz.
Pada sebelah petang pula, Reboot Now membawakan seorang ahli perniagaan yang tidak asing dalam negara, iaitu Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal dalam usahanya memperkasakan usahawan kecil di Malaysia.
Akhir sekali, satu perbualan santai turut diadakan pada sebelah malam apabila menjemput Pengasas dan Pengasas Bersama Ahyanan Bika Sdn Bhd (Markaz Tijaari), Haris Ismail (PU Riz) dan Neelofa dalam segmen “Harta yang Berkat. Bagaimana?”.
Sementara itu, orang ramai masih berpeluang untuk mengikuti persidangan Reboot Now dengan mendaftar di https://www.linc.astroawani.com/rebootnow2022.
Pada hari kedua dan ketiga, pelbagai perkongsian menarik akan disampaikan, antaranya daripada Penolong Naib Presiden Kandungan Berjenama Astro AWANI, Cherish Leow; Ketua Pegawai Komersil TNG Digital Sdn Bhd, Danny Chua dan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin.
Tunggu apa lagi? Jom daftar dan rancakkan bisnes anda sekarang!
Ehsan A Marisah
Thu Jan 13 2022
Reboot Now akan memberikan perkongsian secara komprehensif tentang trend bisnes terkini kepada orang ramai terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar mempertingkatkan daya tahan perniagaan melalui adaptasi teknologi. - Gambar Astro AWANI
Percepat proses tapisan keselamatan ejen MM2H - Abdul Karim
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta mempercepat proses tapisan keselamatan ejen program Malaysia My Second Home (MM2H).
Enam ekor lembu mati dipercayai dibaham harimau belang
Seorang penternak terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 apabila enam ekor lembu peliharaannya mati dipercayai dibaham harimau belang.
AWANI Borneo [20/04/2024] - Tekad MADANI | Pusat aktiviti warga emas | Risiko habuk Gunung Ruang
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan umum akan bertanding
Gerakan sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.
Kerajaan diminta segera buka jalan Serudung-Simanggaris
Naib Pengerusi GRS Tan Sri iew Yun Fah menganggap pembukaan jalan sempadan antarta Serudung, Kalabakan dan Semanggris, Indonesia akan memeri limpahan rezeki kepada penduduk Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
MOTS bekerjasama dengan pelbagai agensi selesaikan kes penumpang terkandas
Kementerian pengangkutan Sarawak (MOTS) akan terus bekerjasama dengan beberapa agensi dalam menyelesaikanisu penumpang terkandas akibat pembatalan penerbangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Letusan Gunung Ruang: Penduduk bergejala pernafasan diminta dapatkan rawatan segera
Pengarah JKNS Datuk Dr, Asits Sanna meminta orang ramai yang memiliki tanda dan gejala pernafasan agar segera mendapatkan rawatan kerana dibimbangi tersedut debu Gunung Berapi Ruang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid
Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.
Pusat Jantung Negara akan diwujudkan di Sabah dengan peruntukan segera RM80 juta - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera RM80 juta bagi menaik taraf Hospital Queen Elizabeth II kepada Hospital Pakar Jantung.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Reboot Now: Teruskan berinovasi, perkukuh daya tahan depani cabaran
Lebih banyak cabaran akan dihadapi dengan ketidaktentuan situasi semasa, namun dengan pemikiran dan sikap yang betul, tiada yang mustahil untuk dicapai.
Reboot Now: Perubahan bukan sekadar adaptasi, tetapi demi kemajuan perniagaan
Dunia kini berubah dengan cukup pantas dan perubahan yang berlaku bukan hanya memberi impak kepada PKS tetapi juga organisasi besar.
Pendigitalan - Rahsia Carsome jadi syarikat unicorn teknologi terbesar di Malaysia
Perniagaan dalam dunia digital sudah tentu perkara yang diidamkan setiap usahawan di negara ini.
Reboot Now: 'Bos Susu', Neelofa, PU Riz antara usahawan berkongsi trend bisnes terkini
Orang ramai masih berpeluang untuk mendaftar dan rancakkan bisnes anda sekarang!