PONTIAN: Pengalaman mengalami banjir saban tahun mungkin menjadi kebiasaan buat penduduk Kampung Sri Gambut di sini, namun mengharungi banjir tatkala Aidilfitri memberi sedikit kesan kepada mereka apabila terpaksa beraya di pusat pemindahan sementara (PPS).
Tinjauan Bernama di kampung itu mendapati beberapa rumah ditenggelami air sedalam paras pinggang dan mereka yang terjejas dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu Raya.
Suri rumah, Miskiah Kundari, 59, ketika ditemui di PPS berkenaan berkata dia dan ahli keluarganya resah apabila hujan turun agak lama sejak awal pagi tadi dan paras air mula meningkat sedikit demi sedikit.
"Sedih jugalah, kita selalu hadapi banjir cuma tidaklah saat Aidilfitri...saya harap air cepat surut kerana kesian kepada anak-anak mahu beraya," katanya yang memiliki tiga anak.
Susiah Zainal Abidin, 41, berkata dia bersama empat ahli keluarga sedikit terkesan kerana terpaksa beraya dalam keadaan banjir, namun reda dengan situasi itu.
Meskipun diuji, Susiah bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dan kemudahan di PPS mencukupi termasuk bekalan makanan.
"Awal pagi tadi kawasan rumah sudah dikelilingi air dan memasuki bahagian dapur. Alhamdulillah air naik tidak terlalu cepat, jadi kami sempat memindahkan barangan ke bahagian atas rumah," katanya.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pontian, setakat ini 19 orang daripada empat keluarga di Kampung Sri Gambut dipindahkan ke PPS SK Kampung Melayu Raya akibat banjir susulan hujan lebat lebih dua jam bermula 3.30 pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 04 2022
Keadaan rumah di Kampung Sri Gambut, yang dinaiki air susulan hujan lebat lebih dua jam bermula pukul 3.30 pagi tadi. - Gambar/ Bernama
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Laporan interim disiapkan secepat mungkin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, Laporan interim berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak ketika menjalani Latihan Raptai sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 akan disediakan secepat mungkin.
KPM serah siasatan guru dipukul rakan sekerja kepada polis
Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil perlombongan di Tawau
Kerajaan Sabah juga telah menerima lima peratus royalti ke atas hasil jualan emas mentah berjumlah RM23.96 juta daripada lombong emas itu.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Banjir Dubai: Lapangan Terbang Antarabangsa 'lumpuh' 25 minit, 45 penerbangan dibatalkan
Ribut luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk dibatalkan.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.