Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata membaca senarai reformasi yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan hari ini adalah seperti membaca salinan deklarasi sebelumnya yang dibuat sejak 20 tahun lepas sejak 1998.
Beliau berkata reformasi teras 13 perkara itu adalah antara pengumuman dibuat pada Ahad yang akan dilaksanakan dengan segera jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum akan datang yang dijangka diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
"Sebagai contoh, perkara mengenai reformasi Parlimen dan menjadikannya sebuah institusi bebas telah diulang-ulang selama lebih 20 tahun.
"Sistem Parlimen Malaysia berfungsi seperti sistem Westminster British yang menyaksikan ahli parlimen mengundi mengikut parti dan tidak seperti Senat/Kongres di Amerika Syarikat apabila anggota Senat/Kongres mengundi bukan berdasarkan parti. Jadi, bagaimana pakatan hendak memenuhi janji ini sedangkan mereka memecat ahli parti sendiri yang contohnya, mengundi menyokong rang undang-undang kerajaan?," kata Salleh menerusi catatan dalam laman blog beliau sskeruak.blogspot.com, malam Ahad.
Beliau juga berkata, yang anehnya ialah dahulu, agenda reformasi 13 perkara ini adalah sebab yang diberikan oleh pembangkang tentang mengapa bekas perdana menteri itu Tun Dr Mahathir Mohamad harus disingkirkan dan diganti.
"Kita perlu menyingkirkan Mahathir, kata mereka, supaya reformasi dapat dilaksanakan, dan selagi Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri, Malaysia tidak akan "melihat" reformasi.
"Hari ini mereka memberitahu kita Mahathir mengetuai agenda reformasi ini. Dan untuk menjadikan Mahathir perdana menteri mereka untuk membantu memperjuangkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara sedangkan Anwar dipenjarakan pada 1998 disebabkan Mahathir, ini adalah situasi yang sangat mengelirukan," kata beliau.
Pakatan Harapan hari ini mengumumkan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRK-14).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2018
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata membaca senarai reformasi yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan hari ini adalah seperti membaca salinan deklarasi sebelumnya. - Gambar fail
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.