Reformasi Kerenah Birokrasi dorong lonjak daya saing sektor awam dan swasta - MPC

KNRPA 2025 anjuran bersama PACU, JPA dan MPC memperkukuh usaha meningkatkan produktiviti dan daya saing negara di Putrajaya. - Foto MPC
PUTRAJAYA: Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 (KNRPA) anjuran bersama Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) memperkukuh usaha meningkatkan produktiviti dan daya saing negara pada 5-7 Disember yang lalu di Putrajaya, selari dengan aspirasi kerajaan untuk melaksanakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA).
Ringkasan AI
- Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 (KNRPA) anjuran bersama Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) memperkukuh usaha meningkatkan produktiviti dan daya saing negara pada 5-7 Disember yang lalu di Putrajaya, selari dengan aspirasi kerajaan untuk melaksanakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA).
- Konvensyen yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, turut menyaksikan peluncuran tiga dokumen penting yang menjadi pemacu utama reformasi perkhidmatan awam. Peluncuran tersebut merangkumi Pekeliling ILTIZAM, Indeks Prestasi Perkhidmatan Awam (I-PPA), Modul Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dan Buku MALAYSIA MERDEKA yang mencerminkan komitmen kerajaan untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam, memperkukuh tadbir urus, dan membentuk visi negara yang lebih progresif.
- Salah satu agenda utama konvensyen berkenaan merangkumi Sidang Pleno Tertutup sebagai salah satu agenda utamanya, yang dihadiri oleh kepimpinan tertinggi pentadbiran di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Sidang ini merupakan susulan kepada Deklarasi Kuala Lumpur: Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia 2024. Sidang ini menegaskan kesungguhan dan komitmen bersama dalam memperhebat agenda reformasi perkhidmatan awam agar diterjemahkan secara menyeluruh melalui pendekatan whole of government.
Salah satu agenda utama konvensyen berkenaan merangkumi Sidang Pleno Tertutup sebagai salah satu agenda utamanya, yang dihadiri oleh kepimpinan tertinggi pentadbiran di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Sidang ini merupakan susulan kepada Deklarasi Kuala Lumpur: Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia 2024.
Sidang ini menegaskan kesungguhan dan komitmen bersama dalam memperhebat agenda reformasi perkhidmatan awam agar diterjemahkan secara menyeluruh melalui pendekatan whole of government.
Konvensyen ini turut mencatat kehadiran hampir 2000 peserta, meliputi penjawat awam, pihak industri, golongan akademia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersama-sama menyokong usaha memperkukuh agenda reformasi perkhidmatan awam dan produktiviti negara.
Dalam pada itu, beberapa bengkel teknikal dan sesi perkongsian amalan terbaik yang memberi fokus kepada transformasi digital kerajaan, pembangunan kompetensi penjawat awam serta adaptasi teknologi baharu seperti automasi proses dan analitik data.
Melalui sesi ini, peserta berpeluang mendalami pendekatan praktikal untuk mempercepat penyampaian perkhidmatan, mengurangkan pertindihan kerja, serta meningkatkan akauntabiliti dalam proses membuat keputusan di peringkat kementerian dan agensi.
Di samping itu, beberapa usul penambahbaikan turut diketengahkan oleh wakil kementerian dan kerajaan negeri, termasuk keperluan mewujudkan sistem penyelarasan yang lebih terpusat serta pelaksanaan pemantauan masa nyata bagi inisiatif reformasi.
Cadangan ini bertujuan memastikan kemajuan reformasi dapat dijejaki secara konsisten, selain memperkukuh keupayaan kerajaan untuk memberi respons pantas terhadap cabaran baharu, selaras dengan matlamat mewujudkan ekosistem perkhidmatan awam yang lebih tangkas, responsif dan berorientasikan rakyat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memberikan penghormatan kepada penjawat awam atas komitmen tidak berbelah bahagi dalam mendukung aspirasi Ekonomi MADANI dan menyeru agar semua penjawat awam terus kekal komited demi merealisasikan impak MADANI secara menyeluruh.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan bahawa pembangunan Malaysia perlu berteras kepada semangat Segulai Sejalai yang bermaksud berjalan seiringan bagi mencerminkan kesepakatan seluruh rakyat melalui pendekatan whole of nation untuk memastikan kemajuan negara dipacu secara berterusan.
Ketua Pengarah MPC, Datuk Zahid Ismail, menegaskan bahawa peningkatan produktiviti negara tidak dapat dicapai tanpa reformasi peraturan yang komprehensif dan berfokuskan keberhasilan.
Reformasi ini penting bagi menyokong matlamat Ekonomi MADANI untuk berada dalam kelompok 12 negara paling berdaya saing dunia menjelang 2030, serta mencapai sasaran pertumbuhan produktiviti 3.6 peratus dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
MPC kekal komited membantu sektor awam dan industri memperkukuh reformasi produktiviti melalui pendekatan yang lebih sistematik, berasaskan data, dan disokong oleh penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).
“Reformasi produktiviti hanya dapat dicapai apabila sektor awam dan swasta bekerjasama sebagai rakan strategik dalam agenda pembangunan negara, dengan penggunaan AI sebagai pemangkin utama untuk melonjakkan produktiviti,” kata Ahmad Zahid.
Pendekatan ini diterapkan melalui program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bagi memastikan peraturan yang digubal berkualiti, mencapai objektif dasar, serta tidak membebankan peniaga dan rakyat dengan kos yang tidak wajar.
Melalui program RKB, MPC akan terus menyediakan khidmat nasihat, bimbingan dan koordinasi kepada pengawal selia di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi memastikan peningkatan produktiviti dapat dilaksanakan secara menyeluruh, berkesan dan mampan.
Program ini juga mencerminkan komitmen MPC dalam menyokong Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) ke arah membentuk perkhidmatan awam bertaraf dunia.
Penglibatan seluruh kementerian dan negeri dalam projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) membuahkan hasil apabila Malaysia kini menduduki tangga ke-23 dalam Kedudukan Daya Saing Dunia IMD.
Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Datuk Zahid Ismail, berkata kejayaan RBK terletak pada kemampuannya menjimatkan kos bagi sektor awam dan swasta, terutamanya apabila masa pelaksanaan dan proses birokrasi dapat dipendekkan.
“Sekiranya kita dapat mempercepatkan masa, daripada dua tahun proses untuk siap, sebab kita mempunya teknologi Sistem Pembinaan Berindustri (IBS).
“Melalui teknologi ini ia dapat mengurangkan tempoh kelulusan permit daripada tiga hingga empat tahun yang boleh mengakibatkan kos tertunda (withholding cost) kepada tempoh enam bulan sahaja,” katanya.
Menurut Zahid, penjimatan masa melalui inisiatif RKB juga dapat merealisasikan kos pematuhan.
Beliau berkata demikian ketika berucap selaku ahli panel forum Reformasi Kerenah Birokrasi: Analisis Pencapaian dan Islah Berterusan di Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 di Putrajaya pada Sabtu lalu.
Untuk rekod, sebanyak 323 projek telah disiapkan sejak inisiatif itu diperkenalkan pada 2024, daripada 1,007 projek yang didaftarkan di seluruh negara, dengan usaha tersebut berjaya menjimatkan RM2.01 bilion setahun.
Beliau semasa ditemui media di majlis yang sama berpendapat, kejayaan ini turut menyumbang kepada taraf birokrasi negara yang telah melonjak daripada 37 kepada 14 tangga.
Mengambil contoh dua projek industri di Kulim dan Kulai yang mencatat pertumbuhan pelaburan dan pembangunan pesat, Zahid berpendapat ia menunjukkan impak positif RBK terhadap ekonomi tempatan.
“Di Kulai dan Kulim, dia (RKB) telah mempercepatkan proses dari tiga tahun kepada 10 bulan…kita pernah buat tinjauan dan bila kita tanya orang ramai yang tinggal di kawasan tersebut, mereka mengatakan pembangunan sangat pantas,” katanya.
Untuk rekod, MPC memainkan peranan memandu kementerian dan agensi mengenal pasti serta memperbaiki proses birokrasi, sambil membimbing pelaksanaan projek RKB secara lebih efisien.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


