KUALA LUMPUR: Terdapat 15 perkara utama yang perlu diberi penekanan untuk diperbaiki dan ditambah baik, dalam usaha mereformasi sistem pilihan raya negara supaya lebih adil, cekap, telus dan berkaliber.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem & Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman menggariskan perkara itu ketika ditemu bual Astro AWANI semalam.

1. Badan pengurusan pilhan raya
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sepatutnya menjadi isu ketika pilihan raya, ia hak seluruh rakyat dan tidak sepatutnya dipolitikan.”

2. Penguatkuasaan undang-undang
“Ini paling lemah. SPR sendiri tidak mempunyai badan penguatkuasa undang-undang.”

3. Kerajaan sementara
“Apabila Parlimen dibubar, ada kerajaan sementera. Kita hanya ada konvensyen yang memberitahu perana dan had kuasa kerajaan sementara itu tetapi tiada peraturan yang ketat.”

4. Kerjasama antara institusi
“Banyak pihak yang membantu SPR, jadi kena ada peraturan-peraturan khusus dan baik untuk menentukan bahawa semua pihak ini perlu akur tentang kehendak SPR, bukan SPR mengambil arahan daripada pihak lain.

5. Pendidikan pengundi
“Ini sangat penting, negara kita tidak ada satu institusi khusus untuk melatih atau mendidik semua pihak daripada bawah sampai atas tentang pilihan raya, tentang demokrasi, tentang hak-hak asasi dan sebagainya.”

Selebihnya adalah:

6. Urusan-urusan pilihan raya
7. Persempadanan kawasan pilihan raya
8. Pendaftaran pemilih
9. Pendaftaran parti politik
10. Kempen pilihan raya
11. Pembiayaan politik
12. Akses kepada media dan liputan
13. Perjalanan pilihan raya
14. Tataetika pilihan raya
15. Pemerhati pilihan raya

Ia merupakan sebahagian penting daripada keseluruhan 49 cadangan yang dikemukakan ERC kepada kerajaan tahun lepas, di mana ketika itu, kata Ab Rashid, ada 32 perkara yang perlu dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

BACA: Perkembangan syor ERC tersekat akibat pertukaran kerajaan, COVID-19 

Tegas beliau, ia mesti dilaksanakan secara keseluruhan, bukan hanya satu atau dua perkara, seperti Undi18 dan Akta Lompat Parti sahaja, yang tidak memberi impak untuk membentuk sistem pilihan raya yang lebih baik.

Ab Rashid menjadi tetamu jemputan dalam program Agenda AWANI yang dihoskan oleh Nazri Kahar pada Selasa. Tonton di sini:

15 perkara perlu diperbaiki dalam mereformasi sistem pilihan raya