Semua anggota pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jawatankuasa Kemajuan dan Kemajuan Kampung (JKKK) diharap dapat menggembleng tenaga dan membantu hampir 30,000 mangsa banjir di seluruh Kelantan.
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, bantuan makanan termasuk kemudahan radio dan komunikasi diperlukan untuk penyelaras bantuan banjir mengesahkan dan mengemas kini situasi semasa di kawasan tertentu.
"Kita harap semua agensi dapat turun ke sini dan bantu seboleh mungkin. Kita perlu cari jalan agar bantuan ini diberi secara sistematik dan tersusun.
"Kemudahan komunikasi radio yang ada perlu dibawa ke lokasi tertentu. Banyak masalah putus hubungan berlaku dan kita tidak dapat perkembangan terkini di lokasi kejadian.
"Banyak pusat pemindahan juga sudah mula dinaiki air, tumpuan perlu diberi kepada mereka dan cuba dapatkan akses untuk lokasi pemindahan yang lebih tinggi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Annuar di dalam catatan terkini Facebooknya mencadangkan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) mengisytihar darurat di kawasan yang terjejas akibat bencana banjir khususnya di Hulu Kelantan.
Annuar turut menyeru menyegerakan intervensi tentera kerana kenderaan dan peralatan tidak mencukupi di mana pihak MKN perlu bertindak pantas atau menggerakan tentera ke kawasan bencana terutama di Laloh, Kampung Karangan dan Manek Urai di Kuala Krai.
Dalam pada itu katanya, orang ramai diminta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang menyusahkan agensi bantuan selain meresahkan mangsa sendiri.
"Berita-berita palsu dari WhatsApp ini mengganggu mangsa dan menyukarkan agensi yang manu membantu, cukuplah menyebarkan berita seumpama ini kerana ia tidak membantu langsung.
"Semua maklumat harus menggunakan pusat penyelarasan rasmi, sebab itu saya tekankan kembali mana-mana agensi yang mempunyai peralatan radio perlu memberi bantuan dan meningkatkan tahap komunikasi masing-masing," jelasnya.
Jelasnya, mangsa juga diminta bertenang dan sentiasa mengutamakan keselamatan masing-masing.
"Doalah keadaan segera kembali sediakala dalam masa terdekat, bantulah apa yang boleh. Mangsa juga perlu saluran laporan yang betul dan mempercayai hanya maklumat daripada pusat rasmi banjir di kawasan masing-masing," ujarnya.
Pada Selasa, berpuluh kediaman rosak dalam banjir yang paling buruk melanda seluruh Hulu Kelantan yang berlarutan sejak beberapa hari lepas.
Selain Kelantan, lebih 21,606 mangsa dipindahkan di Terengganu, Pahang (10,825), Perak (1,030), Sabah (336) dan Perlis (143).
Wan Syamsul Amly
Wed Dec 24 2014
ANNUAR: Rela, NGO, JKKK dan semua agensi...bantulah kami di sini - Gambar fail
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Cadangan bina PPK langkah proaktif hadapi bencana - Timbalan Premier
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.