KUALA NERUS: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas mandi-manda bersama lima rakan di sebuah kolam di Bandar Baru, Kuala Nerus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.59 petang sebelum satu jentera bersama 11 anggota termasuk pegawai digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut Azmi, mangsa, Muhammad Akif Danish Abdul Aziz, 13, ditemui pada jam 5.50 petang di kedudukan dua meter dari lokasi terakhir dilihat.

Mangsa dijumpai di dasar kolam oleh anggota yang menjalankan selaman.

Jelasnya, Muhammad Akif Danish telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.