SHAH ALAM: Remaja menghidap kanser Acute Lymphoblastic Leukaemia (ALL) tahap akhir, Muhammad Irfan Mikail Mohd Shukri, 15, menghembuskan nafas terakhirnya tengah malam Jumaat.
Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Sahabat Kanak Kanak Kanser Wilayah Utara (Foccan), Maznah Tayib menerusi hantaran di Facebooknya.
Menurutnya, Allahyarham Muhammad Irfan Mikail yang disahkan menghidap penyakit itu sejak 2021 meninggal dunia pada jam 12.30 tengah malam di rumahnya di Kampung Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis.
“Telah pulang seorang wira kanser kepada Maha Pencipta sebentar tadi.
"Muhammad Irfan Mikael Mohd Syukri telah menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.30 malam di kediaman keluarganya di Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan para syuhada. Salam takziah kepada Puan Mazatul Rohana sekeluarga.
"Kami simpan di sini kenangan bersama anak kanser Irfan,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan hasrat remaja berkenaan yang bercita-cita mahu menjadi juruterbang bagi menaiki pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Pada Rabu, impiannya direalisasikan TUDM oleh No 15 Skuadron, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang dengan bantuan Kolej Tentera Udara yang mengkoordinasi bersama pihak Foccan.
Pada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TUDM Bersama Rakyat, Muhammad Irfan Mikael diberi peluang memakai sut juruterbang dengan pangkat 'Leftenan' berserta tag nama selain didedahkan dengan tugas-tugas seorang juruterbang pesawat pejuang.
Muhammad Irfan Mikail yang diiringi Pegawai Eksekutif PU Butterworth, Kolonel Engku Faizal dan Pegawai Memerintah 15 Skn, Leftenan Kolonel Hafiz dibawa melihat pesawat Hawk 108 dan F18 Hornet.
Selain itu, Allahyarham juga diberi peluang mengendalikan pesawat simulator F18 Hornet.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 21 2022
Muhammad Irfan Mikael (duduk) ketika dibawa meninjau pesawat Hawk 108 dan F18 Hornet. -Foto Sinar Harian
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
Remaja penghidap kanser, Irfan Mikail meninggal dunia
Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Sahabat Kanak Kanak Kanser Wilayah Utara (Foccan), Maznah Tayib menerusi hantaran di Facebooknya.