Seorang remaja perempuan kritikal selepas ditikam seorang lelaki, dipercayai teman lelakinya dalam kejadian di hadapan sebuah asrama pekerja di Lima Kedai, Gelang Patah, dekat sini, Khamis lepas.
Kejadian berlaku pada 8.48 malam ketika kedua-duanya dikatakan bertengkar sebelum suspek bertindak menikam mangsa beberapa kali menggunakan senjata tajam.
Berikutan tikaman itu, mangsa yang berusia 20 tahun dilaporkan cedera di perut dan tangan kiri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah.
Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) Iskandar Puteri, Supt Ismail Dollah berkata orang awam telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan gerakan mengesan suspek kemudian dilancarkan.
"Dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, suspek berumur 26 tahun itu akhirnya berjaya ditangkap di kawasan Bukit Mertajam pada 28 Jun pukul 4.40 petang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ismail berkata menerusi siasatan awal, suspek dan mangsa didapati bekerja di kilang sama iaitu di Tanjung Kupang di sini namun punca sebenar kejadian masih disiasat.
Suspek pula sudah direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 29 2018
Kejadian berlaku pada 8.48 malam ketika kedua-duanya dikatakan bertengkar sebelum suspek bertindak menikam mangsa beberapa kali menggunakan senjata tajam.- Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Tragedi Deepavali: Kanak-kanak maut, dua parah dalam nahas di Gelang Patah
Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas namun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian.
Pecah masuk sekolah, 5 remaja ditangkap
Rakaman CCTV mendapati kelima-lima remaja lelaki itu terlibat dalam aktiviti jenayah tersebut.
Wanita ditahan selepas rempuh pintu pagar rumah bekas teman lelaki
Seorang wanita yang bertindak merempuh pintu pagar kediaman bekas teman lelakinya berjaya ditahan pihak polis di Gelang Patah.
15 keluarga terjejas banjir kilat di Gelang Patah, Johor
Sebanyak 15 buah kekuarga terjejas ekoran banjir kilat yang melanda Kampung Baru Muafakat, Gelang Patah, Johor sejak 5 petang tadi.
Lelaki hilang ditemui lemas di tasik
Ahli keluarga mangsa memaklumkan lelaki itu tidak pulang ke rumah dan dipercayai hilang pada Selasa, kira-kira jam 8 malam.
Polis tahan lelaki, rampas 65 kotak mercun
Lelaki berumur 28 tahun itu merupakan pekerja di premis tersebut, ditahan anggota pasukannya pada kira-kira 6.45 petang.
Mayat Orang Asli hilang ditemui terapung
Mangsa ditemui mati dalam keadaan terapung di Sungai Karang, Gelang Patah kira-kira pukul 4 petang tadi.
PAJ diminta sediakan bas buat pejalan kaki RGL dan PCA
Usaha itu diharapkan dapat meringankan beban pejalan kaki yang harus merentasi Tambak Johor berikutan pengangkutan awam sama ada masuk atau keluar melalui tambak itu masih tidak dibenarkan beroperasi.
Klinik Kesihatan Bukit Indah mula operasi Ogos ini - Adham Baba
Klinik Kesihatan (Jenis Tiga) itu mula dibina sejak Mac 2017 dan siap sepenuhnya pada 4 Mac lepas.
Dakwaan wujud kes koronavirus di Forest City tidak benar - Jabatan Kesihatan Johor
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) hari ini menafikan dakwaan terdapat dua kes jangkitan novel koronavirus 2019 dikesan di Forest City.