Kes baharu COVID-19 terus mencatatkan penurunan dan kekal satu digit. Malah, Malaysia mencatatkan jumlah kes baharu COVID-19 paling rendah apabila hanya 2 kes dilaporkan pada hari ini.

Ini lima tumpuan sidang media COVID-19 yang perlu ada tahu:

1. Dua kes baharu dilaporkan hari ini melibatkan satu kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan satu kes penularan dalam negara melibatkan bukan warganegara.

2. Tiada kes penularan dalam negara dicatatkan di kalangan warganegara Malaysia.

3. 39 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

4. Satu kes kematian berkaitan COVID-19 dicatatkan hari ini.

5. Kes kematian ke-118 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.