MELAKA: Kota A Famosa, Jonker Street, Pantai Klebang malah pelbagai kawasan tumpuan pelancong yang suram sejak dua tahun lepas susulan pelaksanaan sekatan pergerakan bagi membendung pandemik COVID-19 kini kembali meriah sekali gus memberi sinar baharu kepada peniaga sektor pelancongan di negeri ini.
Seorang peniaga makanan tradisi dan cenderamata di Bazar Samudera di Banda Hilir, Zulaikha Melan, 34, berkata kebenaran rentas negeri sejak Isnin lepas merupakan satu berita gembira bagi golongan peniaga sepertinya untuk bangkit meneruskan perniagaan yang terjejas.
Beliau berkata perbezaan suasana itu ketara sejak awal minggu ini apabila kedainya mula dikunjungi ramai pelanggan terutama dari Lembah Klang untuk membeli buah tangan.
"Lebih lima bulan tidak dapat beroperasi bukan sahaja simpanan makin menyusut tetapi terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM40,000 akibat produk makanan di dua kedai saya luput, rosak dan perlu dibuang, tetapi inilah risiko kami sebagai peniaga.
"Rasa bersyukur tidak terhingga apabila aktiviti pelancongan kini berjalan seperti biasa tetapi kita perlu jaga prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerana sudah tentu kita tidak mahu berhadapan lagi dengan situasi seperti ini," katanya kepada Bernama di sini semalam.
Berkongsikan perkara sama, seorang lagi peniaga, Azman Wahab, 49, berkata beliau terpaksa beralih kerja sementara sebagai penghantar makanan untuk meneruskan kehidupan kerana perniagaan cenderamatanya tidak dapat beroperasi.
Menurut Azman ketiadaan pelancong sememangnya menjejaskan pendapatan dan memberi kesan kepada mereka yang bergantung jualan daripada pembeli terutama dari luar Melaka.
"Kami harap keadaan ini semakin pulih dan ekonomi kembali rancak supaya kami dapat terus mencari rezeki dalam industri ini," katanya yang memulakan kembali operasi perniagaan sejak Isnin lepas.
Pengayuh beca, Abdul Aziz Mohamad Yunos, 51, yang telah lebih 18 tahun mencari nafkah menerusi perkhidmatan itu berkata tempoh dua tahun sejak pandemik melanda memberi kesan mendalam bagi golongan sepertinya.
"Rasa bersyukur sangat kerana boleh bekerja semula sebab ramai telah mula mengunjungi Melaka. Kebanyakan pelanggan saya adalah pelancong luar negeri.
"Sejak Januari hingga awal Oktober, saya hanya melakukan kerja kampung untuk menanggung isteri dan empat anak yang masih belajar. Jadi apabila sudah diberi kemudahan rentas negeri, perlulah kita bersama-sama menjaga SOP di kawasan pelancongan dan ramai orang," katanya.
Sementara itu, seorang pengunjung, Mohamad Zulkifli Muda, 50, dari Yong Peng, Johor melahirkan kegembiraan kerana dapat meluangkan masa bercuti bersama keluarga khususnya ibunya memandangkan mereka sudah lama tidak bertemu.
"Dalam rasa seronok, jangan kita lupa sediakan penjagaan kesihatan seperti pelitup muka dan cecair pembasmi kuman selain melakukan ujian kendiri COVID-19 sebelum merentas negeri kerana ia penting untuk keselamatan keluarga dan diri sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 16 2021
Pengunjung dari dalam dan luar negeri menghabiskan cuti hujung minggu mereka dengan menikmati keindahan malam di sekitar Bandar Hilir, Melaka, 16 Okt, 2021. --fotoBERNAMA
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
TikTok mulakan ujian untuk aplikasi perkongsian gambar dan teks
TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
Trafik penumpang udara Malaysia naik kepada 15.3 juta pada Februari 2024
Jumlah trafik penumpang udara Malaysia meningkat 21.4 peratus kepada 15.3 juta pada Februari 2024 berbanding 12.6 juta penumpang dalam tempoh sama pada 2023.
Malaysia Airlines, Google bekerjasama pacu pelancongan
Malaysia Airlines dan Google bekerjasama untuk memacu peningkatan Malaysia sebagai destinasi pelancongan peringkat teratas.
Perlumbaan perahu kolek di Sungai Golok, erat hubungan Malaysia -Thailand
Cuaca panas kesan fenomena El Nino tidak menghalang lebih 2,000 penduduk yang tinggal berhampiran sempadan Malaysia-Thailand datang menyaksikan perlumbaan perahu kolek yang diadakan di Sungai Golok.
Tourism Johor pantau projek pelancongan negeri
Tourism Johor akan memantau semua projek menambah baik infrastruktur pusat pelancongan menerusi peruntukan kerajaan negeri yang dilaksanakan oleh agensi berkaitan.
Gangguan bekalan air di Pangkor pulih sepenuhnya, sedia terima pelancong - MB
Lembaga Air Perak (LAP) telah mengatasi masalah kebocoran satu daripada tiga saluran paip utama rentas dasar laut yang disyaki antara punca gangguan bekalan air itu.
Thailand perkenal perlindungan insurans untuk galak sektor pelancongan
Jika berlaku kematian, kerajaan akan membayar pampasan sehingga 1 juta baht, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang Thailand.
Konsert Coldplay: Kuala Lumpur rekod kehadiran tertinggi, perolehan RM52 juta
Konsert di Kuala Lumpur juga meraih kutipan AS$10,904,369, perolehan tiket kedua tertinggi bagi Coldplay, selepas GBK.
MICT dijangka siap 2026, tarik tambahan 15.8 juta pelancong menjelang 2036
MICT bernilai RM682 juta yang merupakan salah satu komponen utama di bawah projek Melaka Gateway di Pulau Melaka di sini, dijangka siap tahun 2026.
Orang ramai dipelawa sertai perarakan perpaduan di ibu kota
Perarakan itu adalah antara pengisian program Unity Parade Kuala Lumpur 2024 yang berlangsung selama dua hari bermula 24 Feb.
Pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih baik sebanyak 4.5 peratus tahun ini - HLB
Pertumbuhan itu dijangka didorong peningkatan FDI, pelancongan yang berkembang dan perbelanjaan infrastruktur yang lebih tinggi.