PADANG BESAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap kenderaan awam di negeri ini bagi mengelakkan mereka yang tidak lengkap vaksin COVID-19 merentas negeri.
Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Ali Piah berkata, pihaknya akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas pemandu dan penumpang kenderaan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres serta teksi.
"Selain 'snap check' atau sekatan jalan raya (SJR), kita akan melakukan penguatkuasaan dengan menempatkan anggota di terminal atau stesen bas untuk menyemak status vaksinasi pemandu dan penumpang kenderaan.
"Kita akan memastikan kesemua pemandu dan penumpang kenderaan awam lengkap dua dos vaksin COVID-19," katanya kepada pemberita selepas meninjau Operasi Bersepadu JPJ bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Kangar-Padang Besar di sini pada Selasa.
Beliau berkata, tindakan berkenaan diambil bagi memastikan tiada individu yang tidak lengkap vaksinasi keluar daripada Perlis menggunakan kenderaan awam.
Beliau berkata, penumpang atau pemandu yang dikesan tidak lengkap vaksinasi akan diarahkan turun dari kenderaan.
"Kita akan semak dan sekiranya pegawai ditempatkan di stesen mendapati ada yang belum lengkap vaksin, maka individu terlibat tidak akan dibenarkan menaiki bas untuk rentas negeri," katanya.
Beliau berkata, individu ingkar arahan tersebut akan dikenakan tindakan kompaun.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kesalahan tidak memiliki cukai jalan atau lesen memandu antara paling kerap dikesan dalam operasi dilaksanakan JPJ.
"Sebanyak 10 kes tiada lesen memandu yang dikesan dalam operasi pada Selasa," katanya.
Sehubungan itu, Fatimah turut menasihatkan orang awam supaya tidak menangguhkan proses memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu masing-masing.
Tambah beliau, JPJ Perlis telah mengeluarkan sebanyak 17 notis saman bagi kesalahan gagal mematuhi lampu isyarat merah sepanjang Ops Merah di Kangar dan Arau sejak 28 September lepas.
"Kita juga menahan tiga warga asing atas kesalahan memandu lori tanpa lesen dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans dalam operasi itu," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 13 2021
JPJ akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap kenderaan awam di negeri ini bagi mengelakkan mereka yang tidak lengkap vaksin COVID-19 merentas negeri. -Gambar fail
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bentang tilam di tempat penumpang belakang undang bahaya - JPJ
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Rospiagos Taha berkata, perlakuan tersebut membahayakan pemandu dan penumpang terutama kanak-kanak.
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.
Op Rempit: JPJ P.Pinang keluar 197 notis saman, sita 11 motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 197 notis saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan menerusi Op Rempit.
JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju menerusi Ops Khas HRA 2024
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).
Ops Khas HRA 2024: 39,066 saman dikeluarkan dalam tempoh lima hari
Jumlah notis saman yang dikeluarkan itu adalah 24 peratus daripada 163,558 kenderaan yang diperiksa bermula 1 hingga 5 April lalu.
Pemandu bas ‘Live' TikTok ketika memandu berdepan tindakan berat
Lokman berkata, pihak JPJ akan meletakkan pegawai penyamaran dalam setiap bas ekspres untuk memastikan tiada yang melakukan kesalahan itu.
Sedia pemandu kedua jika perjalanan lebih 300km - JPJ
Pemeriksaan JPJ mendapati masih banyak pengusaha bas yang gagal kemukakan pemandu kedua meskipun ia syarat yang wajib dipatuhi.
Op Khas Aidilfitri: 382 pegawai, anggota JPJ Selangor bertugas
Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 1 hingga 20 April ini bertujuan memantau kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya.
JPJ laksana 3 operasi khas sempena musim perayaan - Lokman
JPJ akan memastikan tiada pengguna jalan raya melakukan kesalahan utama seperti menggunakan telefon pintar semasa memandu.
7,473 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan pada hari pertama Ops Khas HRA 2024
Sebanyak 7,473 notis dikeluarkan terhadap pelbagai kesalahan kegagalan mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya dikeluarkan pada hari pertama Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024.