KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Kelantan bersiap sedia dengan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dalam menerima kehadiran puluhan ribu pelancong susulan pergerakan rentas negeri yang dibenarkan mulai Isnin.
Ketua Penolong Setiausaha merangkap Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan, Norhalis Mohamed Noor berkata, antara persediaannya termasuklah mewujudkan task force atau pasukan penguatkuasa SOP peringkat negeri.
"Pihak kerajaan negeri bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pemain industri sudah bersedia untuk menerima kehadiran, anak rantau dan pelancong dari luar yang akan tiba di Kelantan. Jangkaannya, sekitar 200,000 kenderaan akan mula memasuki Kelantan.
"Seperti mana yang ditetapkan, hanya mereka yang sudah lengkap divaksin sahaja dibenarkan masuk ke negeri Kelantan, malah kami juga bersedia dengan penguatkuasaan SOP yang lain.
"Kerajaan negeri sangat serius dalam hal ini sehingga menubuhkan pasukan penguatkuasa SOP peringkat negeri, di mana mereka ini akan bekerjasama dengan PBT untuk membuat rondaan sekerap mungkin, setiap hari di kawasan-kawasan tumpuan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menyentuh kadar vaksinasi di Kelantan yang masih rendah, Norhalis meluahkan kekecewaan namun yakin semakin ramai akan terbuka hati untuk menerima vaksin selepas ini.
"Hal vaksin ini agak sukar untuk diperkatakan kerana ia bukan sesuatu yang wajib. Data menunjukkan kira-kira 17,000 rakyat Kelantan menolak vaksin.
"Memang ia sesuatu yang mengecewakan apatah lagi kerana pelbagai usaha sudah dilakukan, tetapi saya masih positif kerana Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAC) yang dilaksanakan, mendapat sambutan," ujarnya.
Sementara itu, di negeri Selangor yang sudah mencapai imuniti kelompok, persiapan terarah kepada pengusaha sektor pelancongan yang perlu melakukan adaptasi dengan SOP bagi memenuhi permintaan.
Penyelaras Pusat Penginapan Inap Desa Haji Dorani di Sungai Besar, Abdul Rahman Daud memaklumkan, pihaknya menerima peningkatan tempahan yang ketara selepas pengumuman kerajaan pada Ahad, namun terpaksa meminta pengunjung membuat penangguhan bagi membolehkan pihak pengurusan membuat perancangan yang lebih teliti.
"Di sini kami sediakan kemudahan untuk banyak aktiviti tetapi dalam situasi sekarang, ada aktiviti yang boleh dibuat, ada juga yang tidak boleh. Malah jumlah pengunjung pada satu-satu masa pun kita terpaksa kurangkan.
"Jadi kami sekarang sedang merangka pakej-pakej yang bersesuaian dan boleh dilaksanakan mengikut SOP yang ditetapkan. Kami jangka akan beroperasi paling awal pun akhir Oktober ini," katanya yang turut mengakui mungkin terpaksa menggajikan lebih pekerja bagi memastikan aspek SOP dapat dikuatkuasakan.
Inap desa itu sebelum ini menawarkan beberapa aktiviti mengikut pakej, antaranya menangkap ikan di sawah, melihat proses pembuatan kuih Melayu tradisional dan mengelilingi kampung pada waktu malam.
Rentas negeri akhirnya dibenarkan berkuat kuasa bermula 11 Oktober selepas hampir sembilan bulan kerajaan melarang aktiviti tersebut susulan pandemik COVID-19.
Madiha Abdullah
Tue Oct 12 2021
Kerajaan negeri siap sedia terima anak rantau dan pengunjung luar. - Gambar fail/Bernama
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Musim raja buah! Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau
'Dendam' dua tahun tidak dapat merentas negeri, pesta durian kali ini bertambah meriah dengan kunjungan penggemarnya.
Berhimpun dalam ruang sempit yang jadi masalah, bukan rentas negeri - Dr Noor Hisham
KKM guna kaedah serampang dua mata iaitu pemberian vaksin dan dos penggalak kepada golongan tertentu dan kepatuhan terhadap SOP.
"Kalau boleh elak dulu naik Cameron Highlands, sesak teruk," kata netizen
Ada pengguna, mendakwa dirinya pekerja kesihatan, memaklumkan ramai orang yang baru balik bercuti dari kawasan itu membawa kit ujian yang tertera keputusan positif.
Masyarakat India di Gua Musang giat buat persiapan sambut Deepavali
Biarpun menyambutnya secara sederhana, pesta cahaya diraikan dalam suasana penuh kekeluargaan mengikut norma baharu.
Menyelami keindahan semula jadi Pulau Tuba
Siapa sangka tidak jauh dari Pulau Langkawi iaitu sekitar 5 kilometer dari Jeti Pelancongan Pekan Rabu, terdapat sebuah pulau yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan dan dianugerahi dengan pelba
Rentas negeri: pastikan anak kecil dilindungi daripada COVID-19 - Pakar
Dalam keghairahan menikmati kelonggaran itu, perlu diingat bahawa ancaman COVID-19 belum berakhir.
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
Kadar penginapan hotel di Johor Bahru, Muar meningkat hingga 80 peratus
Keadaan sama turut berlaku di Desaru Coast dekat Kota Tinggi yang kadar penginapannya mencecah 65 peratus.
Rentas negeri: 1.4 juta kenderaan setiap hari di PLUS sejak Jumaat
Sejak rentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung dan melancong bersama keluarga.
Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000
Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap.