KUALA LUMPUR: Pembukaan sempadan negeri merupakan petanda awal bahawa Malaysia kini sudah semakin hampir menuju kepada fasa endemik.

Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman berkata, meskipun kelonggaran sudah diberikan, komitmen yang diberi rakyat sebelum ini kepada kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) harus diteruskan.

Jelasnya, pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) perlu sentiasa berada di tahap tertinggi supaya rakyat dapat menikmati situasi yang lebih baik pada masa depan selain mengelak mutasi varian baharu di Malaysia.

BACA: Akhirnya! 11 Okt dah boleh rentas negeri

BACA: Rentas negeri: Tidak semua SJR ditutup, pemeriksaan rawak diteruskan - KPN

BACA: Dah boleh rentas negeri esok! Ini tumpuan sidang media khas Perdana Menteri

“Kalau itu dapat dilakukan secara selari dan sentiasa diberikan perhatian, saya berpendapat kemungkinan untuk mutasi berterusan berlaku di luar jangkaan dapat dikekang.

“Apa yang berlaku, ada dalam kalangan kita mengambil mudah terhadap nasihat kerana ia tidak berlaku kepada kelompok mereka.

“Sedangkan ia (mutasi varian baharu) sebenarnya boleh saja berlaku kalau kita lihat kepada data-data dan risiko yang telah dikaji,” katanya ketika bersiaran langsung dalam Buletin AWANI pada Ahad.


Panggilan Video | Mengawal penularan selepas kebenaran rentas negeri

Begitupun, bagi memastikan penularan virus dapat diminimakan, beliau berpendapat sebolehnya negara mencapai tahap vaksinasi sehingga 99 peratus

“Kita hanya benarkan kurang daripada satu peratus yang tidak divaksin bagi membolehkan risiko jangkitan dapat dikurangkan seminima mungkin.

“Namun, dalam situasi sama, memang agak sukar untuk kita mencapai liputan sedemikian tapi dalam tempoh beberapa bulan akan datang, kita dapat capai lebih daripada 95 peratus,” ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad mengumumkan rentas negeri dibenarkan berkuat kuasa pada 11 Oktober selepas hampir sembilan bulan kerajaan melarang aktiviti tersebut susulan penularan pandemik COVID-19.

BACA: Rentas negeri: Kini semua terletak pada anda, rakyat Malaysia - Khairy

BACA: 'Real 10/10 celebration' - Garis masa laman sosial meriah, macam nak raya!

Menurutnya, kebenaran itu diberikan selepas kadar vaksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vaksin telah mencapai 90 peratus pada Ahad.

Bagaimanapun, Ismail Sabri menegaskan kebenaran rentas negeri tidak terpakai kepada lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


Kebenaran rentas negeri bermula Isnin, 11 Okt 2021