PUTRAJAYA: Remaja berusia 12 hingga 17 tahun dan kanak-kanak dibenarkan untuk merentas negeri walaupun belum menerima vaksin COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini kerana mengambil kira faktor kumpulan berkenaan belum boleh menerima vaksin COVID-19.

“Dari segi kanak-kanak, oleh kerana mereka belum mendapat vaksin, kita lah (ibu bapa) perlu menjaga mereka dan pastikan tidak membawa anak-anak ke tempat perhimpunan ramai dan sebagainya,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Kebenaran rentas negeri bermula Isnin, 11 Okt 2021

BACA: Akhirnya! 11 Okt dah boleh rentas negeri

BACA: MyTravelPass dimansuhkan, boleh melancong ke luar negara mulai esok - PM

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, tiada prosedur operasi standard (SOP) baharu akan dikeluarkan bagi kelonggaran rentas negeri, khususnya negeri yang belum mencapai kadar vaksinasi 80 peratus.

"Kita lihat kepada purata keseluruhan di seluruh negara apabila capai 90 peratus. Ada negeri (kadar vaksinasi) yang lebih 100 peratus dan ada yang masih kurang.

“Tetapi saya percaya KKM (Kementerian Kesihatan) dari segi data keseluruhan negeri sudah melebihi 80 peratus (kadar vaksinasi). Jadi, tidak ada SOP baharu yang diperkenalkan,” ujar beliau.

Sebelum itu, Perdana Menteri dalam sidang media sama mengumumkan kebenaran rentas negeri kepada individu yang lengkap dua dos vaksin berkuat kuasa esok (11 Oktober).

[TERKINI] Sidang Media Khas Perdana Menteri | 10 Oktober 2021