SHAH ALAM: Tiket pengangkutan awam ke utara, pantai timur dan pusat peranginan pada hujung minggu menerima permintaan luar jangkaan susulan kebenaran rentas negeri bermula Isnin.
Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif Sani United Bhd, Md Yusri Che Romli berkata, pusat peranginan seperti Langkawi dan Terengganu turut mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.
“Pembelian tiket di Klang Sentral meningkat dan saya percaya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pun sama.
"Permintaan bas ini sudah penuh untuk ke utara dan pantai timur terutama destinasi pusat peranginan.
“Kami menyediakan bas untuk ke stesen bas di Kuala Besut sebelum penumpang bertolak ke Pulau Perhentian dan Kuala Perlis sebelum ke Langkawi,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Dalam pada itu, syarikat pengangkutan awam, Mara Liner akan beroperasi semula seperti sebelum pandemik COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif MARA Liner Sdn Bhd, Zachary Ismail Zee Ismail berkata, pergerakan bas terpaksa dihadkan pada tahun lepas berikutan negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan.
“Pengumuman Perdana Menteri memberi kita harapan. Jadi kami bergerak dengan kapasiti penuh iaitu kira-kira 100 buah bas setiap hari atas jalan,” ujarnya.
Menurut Zachary Ismail, pihaknya turut mengambil langkah proaktif dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi seperti mana ditetapkan oleh kerajaan.
“Daripada kami Mara Liner mengambil langkah-langkah proaktif meneruskan penjagaan sosial seperti arahan SOP Majlis Keselamatan Negara.
“Kita akan memastikan penumpang mengambil suhu dan mendaftar masuk dengan MySejahtera,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 12 2021
Tiket pengangkutan awam ke utara, pantai timur dan pusat peranginan pada hujung minggu menerima permintaan luar jangkaan susulan kebenaran rentas negeri bermula Isnin. -Sinar Harian
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Rentas negeri: Tiket ke utara, pantai timur dapat permintaan luar jangka
Tiket pengangkutan awam ke utara, pantai timur dan pusat peranginan pada hujung minggu menerima permintaan luar jangkaan susulan kebenaran rentas negeri bermula Isnin.