BESUT: Sebuah resort yang beroperasi di Pulau Perhentian didenda sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad kerana beroperasi tanpa mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA).
Mahkamah menetapkan hukuman itu setelah wakil syarikat berkenaan mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan d hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob.
Berdasarkan pertuduhan, syarikat berkenaan didapati menjalankan aktiviti kemudahan pelancongan iaitu aktiviti 12 (b), Jadual Kedua, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 tanpa terlebih dahulu mengemukakan laporan EIA kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling dan diluluskan sepertimana dikehendaki di bawah Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu, Mohd Norli Abdullah.
Sementara itu, Pengarah JAS Terengganu, Ramli Abd Rahman berkata, setiap aktiviti yang dijalankan perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu.
"Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan, sesiapa yang bermaksud hendak menjalankan sesuatu aktiviti yang ditetapkan tidak boleh menjalankan aktiviti itu sehingga laporan yang dikehendaki dikemukakan dan diluluskan oleh JAS sebelum kerja-kerja pembangunan dimulakan," ujar beliau. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 09 2023
Gambar fail pemandangan dari atas sekitar Pulau Perhentian Kecil di Terengganu. - Foto Facebook/Kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Tapak bangunan resort runtuh di Pulau Perhentian disita
Majlis Daerah Besut (MDB) telah mengeluarkan notis sitaan tapak pembinaan bangunan resort di Pulau Perhentian yang runtuh pada 10 Nov lepas.
Mangsa terselamat runtuhan bangunan di Pulau Perhentian meninggal dunia
Seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian runtuhan bangunan sebuah resort di Pulau Perhentian di Besut meninggal dunia pada Ahad.
Operasi SAR runtuhan di Pulau Perhentian masih diteruskan
Empat pekerja warganegara Myanmar dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di sebuah resort di Pulau Perhentian pada pagi Khamis.
Empat pekerja Myanmar dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan
Empat pekerja dipercayai warganegara Myanmar dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di Pulau Perhentian.
Disangka hilang, empat sekeluarga selamat pulang ke rumah
Empat sekeluarga yang sebelum ini dilaporkan 'hilang' selepas bercuti di Pulau Perhentian selamat pulang ke pangkuan keluarga di Kluang, Johor.
Seorang maut dalam insiden bot bertembung di Pulau Perhentian
Seorang kru bot nelayan maut manakala dua penumpang cedera parah dalam insiden dua bot bertembung di perairan Pulau Perhentian di sini pada kira-kira 8.15 pagi tadi.
Bot ambulans baharu untuk Perhentian, Redang
Dua bot ambulans bernilai RM1.4 juta itu bagi menggantikan bot sedia ada yang sudah usang dan sering mengalami kerosakan.
Kibar kain rentang 10 meter di dasar laut, CBP catat nama dalam MBOR
CO-OPBANK Pertama (CBP) berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi kibaran kain rentang sepanjang 10 meter di dasar laut.
Bomba Terengganu kenal pasti tanah untuk bina balai di pulau
Permohonan dihantar kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus dan Besut bagi mendapatkan kelulusan serta menguruskan prosedur berkaitan.
Mayat wanita separuh bogel ditemukan terapung di Pulau Perhentian
Mayat seorang wanita separuh bogel ditemukan terapung diperairan Pulau Perhentian, Besut.