PUTRAJAYA: Pengguna perlu diberikan pilihan sama ada mereka mahu menggunakan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) atau tidak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurutnya, mesyuarat Kabinet pada Rabu membincangkan isu tersebut dan sepakat dengan ketetapan agar rakyat mesti diberikan pilihan.
Mengambil contoh perkhidmatan 'Touch n' Go' yang diperkenalkan sebelum ini, Ismail Sabri berkata ia tidak dilaksanakan secara terus namun berbentuk pilihan kepada rakyat.
"Cuma kita kata cadangan bagus tetapi dari segi pengguna mereka mesti diberi pilihan sama ada nak guna RFID atau nak guna 'Touch n' Go' atau 'Smart TAG'.
"Dari segi lorong, jangan semua RFID kalau kita diberi pilihan. Kalau ada 10 lorong, mungkin beberapa lorong RFID Dan selebihnya 'Touch n' Go' dan Smart TAG.
"Kita tak mahu ada tekanan kepada pengguna jalan raya. Berikan mereka kebebasan memilih. Serah kepada pengguna untuk buat pilihan. Kalau mereka rasa RFID mudahkan jalan, mereka boleh tukar," katanya.
Tambah beliau, Kementerian Kerja Raya telah diarahkan memanggil syarikat konsesi tol terbabit untuk membincangkan perkara tersebut.
"(Kerajaan) akan pastikan pada masa akan datang, kalau melibatkan bayaran, kena rujuk pada Kabinet," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia di sini pada Rabu.
Sebelum ini, media melaporkan, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof mengarahkan PLUS Malaysia Bhd (PLUS), mencari penyelesaian berhubung isu kesesakan yang dilaporkan berlaku di plaza tol berikutan pelaksanaan RFID.
Menurutnya RFID itu sedang dilaksanakan secara rintis oleh syarikat konsesi PLUS dan ia dibekalkan oleh syarikat Touch 'n Go Sdn Bhd (TnG).
Pada 16 Disember 2021, Kementerian Kerja Raya (KKR) berkata transaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 15 Jan 2022.
Sistem RFID membolehkan pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/j serta membolehkan pengguna melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh.
RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan Touch 'n Go eWallet, tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai.
Ridauddin Daud
Wed Jan 19 2022
Ismail Sabri berkata, mesyuarat Kabinet sepakat dengan ketetapan agar rakyat mesti diberikan pilihan dalam penggunaan RFID. - Gambar Bernama
KPM serah siasatan guru dipukul rakan sekerja kepada polis
Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil perlombongan di Tawau
Kerajaan Sabah juga telah menerima lima peratus royalti ke atas hasil jualan emas mentah berjumlah RM23.96 juta daripada lombong emas itu.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Sistem penyimpanan senjata api pintar ciptaan syarikat Malaysia diguna polis Singapura
Sistem penyimpanan senjata api pintar (SWS) yang dibangunkan sebuah syarikat tempatan, SWS Inntech Sdn. Bhd. (SWS Inntech) berjaya menembusi pasaran luar apabila digunakan beberapa negara serantau.
KKR pantau penggunaan RFID, kaji amalan terbaik penggunaan MLFF
Abdul Rahman berkata, Kerajaan sedang masih dalam proses kajian mengenai MLFF, dan menjangkakan ujian percubaan pada 2024 untuk melihat kesesuaian kaedah tersebut.
Sistem RFID, MyDIGITAL antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Dewan Rakyat hari ini antara lain bakal membincangkan hala tuju kerajaan berhubung sistem RFID di semua lebuh raya di negara ini.
Touch 'n Go sasar 4 juta pengguna RFID menjelang penghujung 2024
Touch 'n Go Sdn Bhd (Touch 'n Go) menyasarkan empat juta pelanggan Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) menjelang penghujung 2024.
12 lorong tambahan RFID di Lebuhraya Utara-Selatan mula beroperasi
Kerja-kerja menambah 12 lorong tambahan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan kini sudah selesai dan telah mula beroperasi sejak 11 Mac lepas.
Atasi kesesakan, ini senarai plaza tol tambah lorong RFID bermula April 2023
Sebanyak 12 lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan ditambah selewat-lewatnya pertengahan April 2023 bagi menangani masalah kesesakan di plaza tol.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
Mengapa kita perlu beralih ke RFID? Ini penjelasan PLUS
Penjelasan PLUS mengenai keperluan beralih pada penggunaan RFID.
Pembukaan semula sempadan: MOT terima 191,293 permohonan kenderaan dari Singapura
Hanya sekitar 65,000 kenderaan sahaja telah mendapat kebenaran masuk setelah masing-masing memiliki dan memasang tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan (VEP).
Tempoh percubaan pelaksanaan RFID adalah kritikal sebelum diperluaskan - Fadillah
Pelaksanaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) buat masa ini adalah bagi memastikan keberkesanan sistem itu sebelum ia diperluaskan.