Lebih 50,000 hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran UMNO yang berlangsung di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini.

Orang ramai mula membanjiri dewan sebaik acara bermula jam 10 pagi.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, barisan Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta menteri kabinet, turut hadir pada majlis yang menjadi rutin tahunan bagi parti terbesar Melayu itu.

Ia merupakan peluang terbaik bagi orang ramai bagi mendekati pemimpin.

Pelbagai juadah dan acara menarik selain persembahan artis-artis tempatan menanti pengunjung yang hadir tanpa mengira kaum, agama dan bangsa, mahupun latar belakang ideologi politik.