DEBARAN peperikasaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin terasa.

Komited menghasilkan lebih ramai pelajar cemerlang SPM, pusat tuisyen dalam talian terkemuka, MCPlus kembali melakukan perkara yang luar biasa untuk membantu calon SPM skor!

Ia terbukti apabila dalam masa dua tahun sahaja, mereka sudah berjaya membimbing lebih 300,000 pelajar di seluruh negara.


MCPlus dalam misi membantu calon SPM 2005



Bertanggungjawab selaku pengajar, MCPlus kini dalam misi untuk membantu calon SPM 2005 mendapatkan keputusan cemerlang.

Satu pelan khusus telah dirangka bagi meningkatkan markah pelajar.

Pelan tersebut dikenali sebagai MegaPlan SPM yang merupakan satu karya hebat sekumpulan pendidik yang yakin bahawa semua calon SPM mampu skor. 


Merangkumi semua silibus secara intensif



Pelan MegaPlan SPM dibahagikan kepada tiga fasa dan calon bakal dibimbing oleh 32 tutor terbaik yang telah dilatih untuk mengajar secara dalam talian.

Fasa 1: Seminar BOOSTER selama 18 jam dijalankan PERCUMA untuk pelajar SPM seluruh negara

Fasa 1 memfokuskan kepada bahagian paling sukar untuk pelajar skor bagi setiap subjek.

MCPlus membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan mengenali kebolehan diri untuk skor dalam setiap subjek yang diambil.

Fasa 2: Seminar ALL OUT SPM selama 222 jam yang INTENSIF PADU, rangkum subjek Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

Lebih intensif dan padat dengan pelbagai perkongsian ilmu termasuk tutor akan mengajar keseluruhan silibus Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 berpandukan modul istimewa.

Modul berkenaan telah dibincangkan dan dibahaskan para tutor bagi memberikan impak besar kepada pelajar.

Fasa 3: Seminar STRATEGISE selama 18 jam dijalankan secara PERCUMA untuk pelajar SPM seluruh negara

Fasa ini merupakan seminar yang menekankan kepada pembahagian markah dan teknik penskoran setiap subjek SPM.

Ia menjadikan pelajar lebih peka dengan topik yang menawarkan lebih banyak markah.

Selain itu, pelajar akan turut dibekalkan dengan teknik-teknik khas terutamanya untuk mata pelajaran seperti Matematik dan Matematik Tambahan.


Sekiranya pelajar mengikuti rapat ketiga-tiga fasa MEGAPLAN SPM kelolaan MCPlus, skor SPM bukan lagi hanya satu impian, tetapi adalah realiti.

Maklumat lanjut berkaitan MCPlus dan ALL Out SPM Seminar boleh layari https://mcplus.my/


**Artikel ini adalah kandungan berbayar.