PENAMPANG: Situasi pandemik COVID-19 yang tidak membolehkan masyarakat menaiki penerbangan selama hampir dua tahun menjadi inspirasi kepada seorang usahawan tempatan di Sabah membuka sebuah restoran berkonsepkan lapangan terbang.
Meskipun kini sempadan antara negeri dibuka, malah beberapa negara sudah memberi lampu hijau untuk rakyat Malaysia melancong, namun masih ramai yang masih menanti peluang untuk merasai pengalaman begitu.
Di Airport Lounge Bistro yang terletak di Penampang, Sabah, pelayan dan pekerja restoran sedia menyambut kenangan pengunjung dengan mengenakan pakaian seperti pramugari dan juruterbang.
Menurut Pengarah Urusan Signitive Holdings, Sunny Yeoh, dia membuka perniagaan berkenaan untuk mengubati kerinduan pelanggan yang sebelum ini sudah lama tidak merasai suasana berada di dalam penerbangan dan lapangan terbang.
"Idea ini kita mulakan sebabkan kita sudah lama tidak travel…dekat dua tahun. Sebab itulah saya buat restoran berkonsep suasana lapangan terbang ini supaya mereka dapat rasa macam sedang melancong. Uniform pekerja di sini juga kami tempah khas," ujar Sunny ketika ditemui di Plaza 333, Penampang.
Berkongsi mengenai kelainan yang terdapat di Airport Lounge Bistro, Sunny memaklumkan restoran yang baru dibuka sekitar dua bulan lalu itu menyajikan hampir 40 menu masakan membabitkan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Thailand serta citarasa tempatan.
Bercerita tentang keunikan restorannya itu, Sunny yang sudah hampir lima tahun melibatkan diri dalam perniagaan makanan dan minuman (F&B) memaklumkan turut menawarkan keahlian kepada pelanggan mengikut kelas dalam penerbangan iaitu keahlian kelas pertama, kelas perniagaan dan ekonomi yang dicetak seperti pasport peribadi.
"Membership (keahlian) yang kita tawarkan ini berdasarkan konsep lapangan terbang, jadi kita berfikirlah, macam mana hendak jadikan ia lebih terasa di lapangan terbang. Sebab itu kami perkenalkan pasport.
"Pasport ini kami berikan terus pada pelanggan yang mengisi nilai RM300 di restoran kami. Jadi, setiap kali mereka datang, perbelanjaan boleh ditolak dari kredit itu. Kalau lupa bawa pasport untuk kedatangan seterusnya, juga tidak ada masalah kerana kami boleh rujuk pada nama dan nombor telefon yang didaftarkan," jelas Sunny.
Sementara itu, Sunny memaklumkan, membuka suatu perniagaan baharu dalam situasi pandemik COVID-19 bukanlah suatu perkara mudah. Namun dia tetap meletakkan tekad dan yakin mampu mengatasinya selain melihat semakin banyak sektor ekonomi yang sudah dibuka ketika ini.
"Saya rasakan memang majoriti takut mahu buat bisnes dalam tempoh pandemik. Sebab itu kita perlu betulkan mentaliti, sama ada kita mahu mencari kaedah ataupun mencari alasan.
"Kalau kita balik-balik cari alasan, kita memang boleh salahkan pandemik, boleh salahkan COVID-19. Tapi, padahal masa pandemik inilah banyak bisnes makan masih maju. Jadi, saya punya mentaliti adalah - kalau ada masalah, kita selesaikan masalah itu dan jangan mencari alasan," katanya.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Oct 23 2021
Pelanggan restoran disajikan dengan hidangan enak selain layanan petugas yang lengkap beruniform seperti pramugari dan juruterbang. - Astro AWANI
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Rindu naik pesawat? Restoran di Penampang ini ubati kerinduan pelanggan
Membuka perniagaan restoran semasa musim pandemik bukan suatu yang mudah, namun pemilik Airport Lounge Bistro ini tetap optimis.