KUALA LUMPUR: Ringgit susut berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini menjelang pengumuman mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku pertama 2021.
Pada 9.01 pagi, unit tempatan itu rendah kepada 4.1100/1160 berbanding dolar AS daripada 4.1050/1100 sewaktu ditutup Isnin.
Rakan Pengurusan Global SPI Asset Management Stephen Innes berkata unit tempatan dibuka rendah sedikit pagi ini di tengah-tengah tekanan inflasi yang mempengaruhi sentimen risiko global, dan Malaysia pula berdepan satu lagi episod sekatan perjalanan yang dijangkakan memberi impak negatif kepada pertumbuhan ekonomi.
Pada Isnin, kerajaan memperluaskan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun bagi membendung jangkitan pandemik COVID-19.
Jangkitan COVID-19 di negara ini mencatatkan 3,807 kes pada Isnin dengan merekodkan 17 kematian, menjadikan jumlah kematian setakat ini berjumlah 1,700 dan kadar kematian pada 0.39 peratus.
Innes berkata, kewujudan semula kes dalam komuniti telah menyebabkan pelaksanaan sekatan sosial yang lebih tegas, sekali gus mempunyai impak negatif jangka pendek kepada pasaran tempatan, sekurang-kurangnya sehingga keluk pandemik ini bertambah baik.
"Bagaimanapun, harga komoditi yang menokok tinggi dan pasaran eksport yang kukuh akan menawarkan sokongan kepada ringgit dan boleh mengehadkan penjualan yang disebabkan PKP," katanya kepada Bernama.
Sewaktu dibuka hari ini, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Berbanding pound Britain, ia jatuh kepada 5.8017/8106 daripada 5.7839/7922 pada Isnin, namun menokok berbanding yen kepada 3.7731/7789 daripada 3.7740/7797 semalam.
Berbanding dolar Singapura, ringgit meningkat kepada 3.0960/1017 daripada 3.0979/1033 dan menokok berbanding euro kepada 4.9838/9927 daripada 4.9925/0998.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 11 2021
Pada 9.01 pagi, unit tempatan itu rendah kepada 4.1100/1160 berbanding dolar AS daripada 4.1050/1100 sewaktu ditutup Isnin. -Gambar fail
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.