Rizab Antarabangsa Bank Negara AS$115.6 bilion setakat 15 Okt 2021

Astro Awani
Oktober 25, 2021 07:11 MYT
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) dilaporkan berjumlah AS$115.6 bilion setakat 15 Oktober 2021.
"Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BNM hari ini.
BNM berkata daripada jumlah itu, AS$102.5 bilion merupakan Rizab Mata Wang Asing, kedudukan Rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pula berjumlah AS$1.4 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$6.1 bilion, manakala emas berjumlah AS$2.2 bilion dan Aset Rizab lain bernilai AS$4 bilion.
#Rizab Antarabangsa Bank Negara #Bank Negara #BNM #Bank Negara Malaysia