KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$115.2 bilion pada 30 September 2021 daripada AS$116.2 bilion pada 15 September 2021.

Bank pusat itu berkata, paras rizab mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

"Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut BNM, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$102.5 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$6.1 bilion), emas (AS$2.2 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.0 bilion).

Aset-aset berkenaan merangkumi emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR yang berjumlah sehingga RM482.53 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.45 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM754.02 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM22.30 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM16.13 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM185.87 bilion), mata wang dalam edaran (RM145.23 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM157.49 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM4.20 bilion), lain-lain deposit (RM7.18 bilion), kertas Bank Negara (RM7.12 bilion), peruntukan SDR (RM28.47 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.67 bilion).


*Berita asal di DagangNews.com