KOTA KINABALU: Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Sabah meluluskansejumlah RM1.73 juta kepada Majlis Belia Sabah (MBS) untuk mengadakan program pemerkasaan belia dan kempen kesedaran penyalahgunaan dadah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Hajiji yang juga Pengerusi MTMD berkata ini selaras dengan objektif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu pembangunan modal insan dan golongan belia merupakan aset penting bagi negeri ini.
"Saya berharap semua program itu akan diselaraskan dengan Kementerian Belia dan Sukan negeri sertaAgensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama MTMD Sabah tahun ini di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Ketua Menteri pada mesyuarat itu berkata sebanyak RM464,000 turut diluluskan untuk AADK Sabahmenjalankan kempen kesedaran awam melalui pengiklanan papan iklan di 32 lokaliti di seluruh negeri.
Sementara itu, Hajiji mengulangi bahawa semua pegawai daerah yang dilantik sebagai penyelaras kawasan berisiko tinggi di peringkat daerah perlu memastikan kawasan terbabit dihijaukan daripada sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah.
"Sebagai pengerusi MTMD daerah, pegawai daerah perlu mengambil tindakan membanteras dadah yang mengancam kawasan masing-masing. Dadah kekal sebagai ancaman nombor satu negara. Kami akan terus menumpukan usaha untuk membanteras gejala sosial ini," katanya.
Beliau berkata Likas diisytiharkan sebagai kawasan hijau pada 2021 berikutan arahan MTMD agar pihak berkuasa yang berkaitan mengambil tindakan proaktif membebaskannya daripada aktiviti penyalahgunaan dadah dan segala usaha sedang dilakukan untuk memastikan Likas kekal hijau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022
Hajiji yang juga Pengerusi MTMD berkata ini selaras dengan objektif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu pembangunan modal insan dan golongan belia merupakan aset penting bagi negeri ini. - Gambar fail/BERNAMA
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
RM1.73 juta untuk perkasa belia Sabah jauhi dadah - Hajiji
Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Sabah meluluskansejumlah RM1.73 juta kepada Majlis Belia Sabah (MBS) untuk mengadakan program pemerkasaan belia dan kempen kesedaran penyalahgunaan dadah.