KOTA KINABALU: Sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pembangunan luar bandar di seluruh negeri Sabah untuk tahun ini, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Menurut Mahdzir, peruntukan berkenaan bertujuan membiayai projek jalan luar bandar, jalan kampung, bekalan air bersih luar bandar dan projek bekalan elektrik luar bandar.
"Ada projek yang dilaksanakan di Sabah pada tahun ini lewat disiapkan disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semasa PKP, ada kontraktor yang terpaksa menghentikan operasi disebabkan ada arahan yang dikeluarkan.
"Oleh itu, ada projek yang sepatutnya siap pada Mei lepas terpaksa ditangguhkan hingga hujung tahun ini," katanya kepada media selepas melawat projek menaik taraf jalan raya Kampung Pulau Penampang, pada Ahad.
Mahdzir turut melawat beberapa projek luar bandar antaranya projek naik taraf Jalan Konkrit Kampung Ratau, Manggatal, Kota Kinabalu.
Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak berkenaan proses pembangunan di Sabah lambat, Mahdzir berkata Sabah adalah negeri yang besar dan memerlukan jumlah peruntukan yang besar.
"Contohnya, jalan raya di Sabah panjang dan ia memerlukan peruntukan yang sangat besar. Oleh itu, jalan raya berkenaan hanya boleh dibina sedikit demi sedikit dan ambil masa untuk disiapkan.
"Apa yang pasti setiap tahun ada sahaja peruntukan diberikan untuk pembangunan Sabah dan ia tidak pernah berhenti," katanya lagi.
Sementara itu Mahdzir berkata, beliau bersama pengurusan tertinggi kementeriannya datang ke Sabah untuk meninjau perjalanan projek yang telah dilaksanakan di negeri itu.
"Hari ini saya telah mendengar taklimat mengenai pembangunan luar bandar di Sabah dan saya mahu lihat apa projek yang telah dijayakan dan apa perancangan untuk tahun hadapan," katanya.
Beliau dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Sabah selama tiga hari bermula Ahad.
Astro Awani
Sun Oct 17 2021
Mahdzir berkata peruntukan berkenaan adalah untuk membiayai projek jalan kampung, bekalan air bersih luar bandar dan projek bekalan elektrik luar bandar. - Gambar fail/Astro AWANI
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
RM1.2 bilion peruntukan pembangunan luar bandar di Sabah - Mahdzir
Menurut Mahdzir, peruntukan berkenaan bertujuan membiayai projek jalan luar bandar, jalan kampung, bekalan air bersih luar bandar dan projek bekalan elektrik luar bandar.