KUALA LUMPUR:Sejumlah RM14.58 bilion atau 42 peratus daripada RM35 bilion yang diperuntukkan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah dibelanjakan setakat 20 Nov, 2020, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata mengikut pecahan teras di bawah pelan tersebut, sebanyak RM7.15 bilion atau 54 peratus daripada jumlah keseluruhan RM13.2 bilion di bawah teras pertama telah dibelanjakan dan dimanfaatkan sejumlah 1.36 juta penerima.
"Bagi teras kedua yang bertujuan untuk melonjakkan perniagaan, sebanyak RM5.54 bilion atau 38 peratus daripada RM14.7 bilion telah dibelanjakan yang telah dimanfaatkan oleh lebih 40,000 perniagaan.
"Bagi teras ketiga yang bertujuan untuk merangsang ekonomi, sebanyak RM1.9 bilion atau 27 peratus daripada RM7.1 bilion telah dibelanjakan yang memberi manfaat kepada kira-kira 11.36 juta penerima," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar) yang meminta jumlah sebenar yang telah dibelanjakan melalui program PENJANA dan jumlah penerima bagi program tersebut.
Abdullah Sani juga ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk menambah jumlah peruntukan kepada program ini berdasarkan pandemik COVID-19 yang dilihat belum ada kesudahan.
Tengku Zafrul berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kerangka inisiatif tambahan khas: KITA PRIHATIN bernilai RM10 bilion pada 23 Sept lepas yang merupakan kesinambungan kepada pakej PRIHATIN dan PENJANA yang bertujuan meringankan beban rakyat, mengekalkan pekerjaan dan membantu perniagaan.
"Inisiatif tambahan ini disalurkan melalui mekanisme Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) sebanyak RM7 bilion, Program Subsidi Upah 2.0 sebanyak RM2.4 bilion dan Geran Khas PRIHATIN 2.0 (GKP 2.0) sebanyak RM600 juta.
"Ketiga-tiga kesinambungan inisiatif tersebut akan terus dapat membantu rakyat dan peniaga yang masih terjejas dalam fasa pemulihan tersebut," katanya.
Pada pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 Nov lepas, beliau berkata Kementerian Kewangan turut mengumumkan pelbagai inisiatif tambahan bagi membantu rakyat, golongan peniaga kecil dan PKS mikro serta sektor ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 07 2020
Tengku Zafrul: Sebanyak 42 peratus daripada RM35 bilion yang diperuntukkan di bawah PENJANA telah dibelanjakan.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 18 April 2024
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.05 mata kepada 1,535.05, bergerak antara paras 1,532.95 dan 1,541.88 sepanjang sesi dagangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 18 April 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat sedikit hari ini, seiring penurunan kecil Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.10 peratus kepada 106.153 mata.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Cukai & subsidi: Merungkai dasar tidak popular, strategi komunikasi berkesan
Berdasarkan laporan Ipsos, semakin ramai rakyat Malaysia kini percaya bahawa negara tidak mempunyai hala tuju yang betul. Ipsos mendedahkan lebih separuh rakyat Malaysia secara khusus menyatakan kebimbangan utama mereka tentang pembetulan kewangan dan politik. Kupasan lanjut bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff untuk bantu memahami laporan dan kebimbangan ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
UCL: Guardiola tidak kesal Man City tersingkir
Manchester City tewas 3-4 kepada Real Madrid selepas pertemuan suku akhir kedua awal pagi tadi terikat 1-1 dan 4-4 secara agregat.
AWANI Pagi: Sports Dentistry: Bersukan dan berekreasi dengan selamat
Ketahui perihal Sports Dentistry, yang memberi tumpuan kepada pencegahan dan rawatan akibat dari kecederaan atau masalah pergigian dialami individu bersukan. Kupasannya bersama Dr Siti Salwa binti Idris Pakar Pergigian Restoratif, Klinik Pergigian Kuala Lumpur 8.30 pagi nanti.
Niaga AWANI: Data & Statistik: Cukai salah satu daripada lima kebimbangan utama rakyat Malaysia
Ia meningkat dengan ketara sejak Mac 2023. Penduduk global mempunyai
kebimbangan yang sama, tetapi rakyat Malaysia tidak begitu bimbang tentang jenayah dan kekerasan berbanding purata global.
#NiagaAWANI
kebimbangan yang sama, tetapi rakyat Malaysia tidak begitu bimbang tentang jenayah dan kekerasan berbanding purata global.
#NiagaAWANI
Banjir di Melaka: Lebih 300 petugas JKM siap siaga
Petugas JKM akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara bagi membantu mangsa banjir khususnya memastikan aspek kebajikan dan keselesaan mereka.
Juventus kaji semula keputusan diarah bayar Ronaldo RM50 juta
Mahkamah timbang tara arah Juventus bayar gaji tertunggak 9.8 juta euro kepada Ronaldo.
Freedom Flotilla ke Gaza: Aktivis Malaysia berlepas ke Istanbul
Kesemua 19 anggota rombongan itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.
AWANI Ringkas: Aktivis Malaysia sertai Misi Flotila ke Gaza hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Tidak sehaluan dengan UMNO Selangor, Tengku Zafrul letak jawatan Bendahari
Tengku Zafrul kecewa dengan perancangan kebangkitan parti di negeri itu yang hambar dan tidak sehaluan dengan tema di UMNO Pusat.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
Matrade kembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris - Tengku Zafrul
Matrade mengembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Perancis, Sepanyol, Portugal dan Monaco.
PM dijangka bertemu 28 kapten industri Jerman, fokus laksana komitmen pelaburan - Tengku Zafrul
Dalam tiga hari berasingan, PM akan bersemuka dengan pemain-pemain industri untuk jawab segala tanda tanya mengenai ekonomi Malaysia.
Projek ECRL ikut jadual, kini capai 62 peratus
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjalan mengikut jadual dan kini sudah mencapai 62 peratus setakat Februari 2024.
Cadangan graduan asing bekerja: 'Penyelesaian jangka pendek tangani isu tenaga mahir' - Tengku Zafrul
Cadangan untuk membenarkan graduan asingbekerja sementara di negara ini dalam bidang tertentu dapat menyemarakkan lagi sektor pendidikan Malaysia sebagai penjana pendapatan untuk negara.
Perodua keluarkan EV mampu milik hujung tahun 2025 - Zafrul
Perodua telah bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV berkenaan.
Misi sehari MITI ke Singapura jana komitmen FDI RM2.8 bilion
Antara Januari dan September 2023, projek pelaburan dari Singapura bernilai RM20.4b diluluskan, menjadikannya sumber FDI kedua terbesar negara.
Malaysia komited gandakan industri semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia komited menggandakan kemajuan industri semikonduktor untuk meraih pertumbuhan dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) yang semakin meningkat ketika ini.