PUTRAJAYA: Jumlah aset yang dilucut hak dan dipulangkan kepada kerajaan Malaysia pada tahun lepas adalah kira-kira RM5.1 billion, dengan 99.57 peratus daripadanya berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Beliau berkata siasatan SPRM juga telah membawa 152 kes pelucuthakan harta dikendalikan di mahkamah dengan 121 daripadanya telah selesai.
"117 kes atau 96.7 peratus memihak kepada pendakwa raya dan empat kes, atau 2.2 peratus tidak memihak kepada pendakwa raya," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Media SPRM 2021 di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.
Azam berkata SPRM bertanggungjawab meneliti dan menyiasat sebarang aduan, meskipun dakwaan rasuah hanya membabitkan jumlah yang kecil.
Beliau berkata sekiranya didapati ada sebab yang munasabah menunjukkan berlakunya kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM, kertas siasatan akan dibuka dan setelah selesai siasatan, ia akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
"Meskipun pemberian izin untuk mendakwa adalah bergantung kepada budi bicara mutlak Peguam Negara, kekuatan bukti hasil siasatan SPRM membantu dalam keputusan tersebut," katanya.
Azam berkata SPRM mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dalam menjalankan siasatan dan tidak boleh membuka kertas siasatan hanya daripada maklumat seorang blogger atau pengguna media sosial, terutama sekali mereka yang disyaki mempunyai agenda politik tertentu.
"Jika siasatan kami atas tuduhan atau dakwaan yang sedemikian, kertas siasatan kami tidak akan berjaya berdiri di atas landasan bukti yang teguh.
"Nescaya ia akan dibuang sebelum ia mendapat izin untuk mendakwa oleh Pejabat Peguam Negara dan sudah tentu ia tidak akan sampai ke ruang perbicaraan mahkamah sekalipun," katanya.
Beliau berkata SPRM sentiasa mengikuti SOP yang diperuntukkan berhubung siasatan kes dan akan meneliti mana-mana dakwaan dan aduan sebelum membuka sesuatu kertas siasatan.
"Sekiranya, tidak ada atau tidak cukup bukti kertas siasatan akan ditutup. Amalan ini adalah untuk memastikan seseorang yang tidak bersalah tidak dianiayai dan yang tertuduh mendapat ruang dan peluang pembelaannya di mahkamah," katanya.
Dalam pada itu, Azam berkata bermula tahun 2000, SPRM mula bergerak ke arah kaedah risikan dan penyiasatan proaktif iaitu kaedah 'Penyiasatan Bedasarkan Risikan ke atas Kes Berprofil Tinggi' dalam siasatan.
"Proses ini memerlukan analisis mendalam terhadap suspek-suspek tertentu, sebelum kita membuat penyiasatan sebenar. Walaupun kaedah ini memakan masa, namun impaknya adalah tinggi," katanya.
Antara kes yang berjaya didedahkan SPRM hasil kaedah risikan dan penyiasatan proaktif itu adalah kes terjumpanya wang dalam sekitar RM53 juta tunai daripada seorang pegawai kerajaan, dalam satu operasi dikenali 'OPS Water' pada 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022
Azam berkata siasatan SPRM juga telah membawa 152 kes pelucuthakan harta dikendalikan di mahkamah dengan 121 daripadanya telah selesai. - Bernama
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RM5.1 bilion aset lucut hak pulang ke Malaysia, 99.57 peratus berkaitan 1MDB
Siasatan SPRM juga telah membawa 152 kes pelucuthakan harta dikendalikan di mahkamah dengan 121 daripadanya telah selesai.