Kerajaan memperuntukkan RM54.81juta untuk membangunkan infrastruktur di 607 buah kampung baharu tahun depan.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata peruntukan itu membuktikan kerajaan serius untuk merealisasikan hasrat membangunkan kampung-kampung baharu di seluruh negara.
"Sejak 2008 sehingga Sept 2013, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM365 juta dalam menyediakan kemudahan infrastruktur di kampung berkenaan.
"Selain itu kementerian turut menyalurkan RM98 juta sejak 2011 sehingga kini untuk membantu penduduk kampung baharu meningkatkan taraf sosioekonomi mereka dan memiliki hartanah di bawah skim pinjaman khas penduduk kampung baharu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Wee ingin tahu sama ada kementerian mempunyai pelan induk untuk membangunkan semua kampung baharu di seluruh negara serta jumlah peruntukan yang akan disalurkan.
Menjawab soalan tambahan Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal) mengenai inisiatif merancakkan kampung baharu terutama di Pulau Pinang yang kebanyakannya didiami warga emas, Abdul Rahman berkata kerajaan sentiasa mencari inisiatif untuk 'menghidupkan' kampung baharu dengan pelbagai aktiviti termasuk aktiviti ekonomi.
Jelasnya, meskipun Pulau Pinang merupakan negeri pembangkang, kerajaan tidak pernah meminggirkan negeri itu dan memberi peruntukan yang sewajarnya bahkan menyaksikan peningkatan peruntukan pada setiap tahun.
"Untuk makluman, pada tahun 2000, sebanyak RM214,604 diperuntukkan untuk membangunkan kampung baharu di Pulau Pinang. Jumlah ini meningkat kepada RM1.085 juta pada 2011 dan RM1.43 juta pada 2012, dan ini membuktikan kerajaan membantu semua negeri di seluruh negara," katanya.
Bernama
Thu Oct 31 2013
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Tiga kementerian bantu tangani krisis air
Tiga kementerian iaitu Pertahanan, Kerja Raya beserta Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan bekerjasama untuk menghantar air ke kawasan yang mengalami krisis.
RM54.81 juta bangunkan infrastruktur Kampung Baharu pada 2014
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata peruntukan itu membuktikan kerajaan serius untuk merealisasikan hasrat membangunkan kawasan terbabit.