KUALA LUMPUR: Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 yang telah dibentangkan semalam oleh Perdana Menteri sewajarnya dipuji kerana telah menampakkan suatu usaha kerajaan secara inklusif.
Saya mendapati RMK-12 ini mengambil kira semua keadaan seperti kehendak norma baharu ekonomi masa hadapan, PPN dan pasca COVID-19, ini adalah bagus untuk kemapanan pertumbuhan sosioekonomi negara terutamanya pemulihan drastik ekonomi negara.
Sememangnya Keluarga Malaysia menantikan usaha sebegini bagi meredakan tekanan yang dialami sepanjang negara dilanda pandemik COVID-19.
Saya berpandangan, fokus kerajaan dalam menerima guna teknologi baharu dengan usaha mencipta serta membangunkan teknologi sendiri adalah langkah yang tepat.
Ini juga merupakan satu kemandirian yang membolehkan negara mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi negara luar jika kita cipta dan hasilkannya sendiri dan menjana pendapatan sendiri.
Elemen menangani ketirisan ekonomi juga dapat dilakukan dengan mempraktikan sistem ekonomi berteraskan teknologi. Selain melonjakkan negara berpendapatan tinggi ianya dapat merapatkan jurang pengangguran melalui inisiatif 4IR, MyDigital dan transformasi PMKS dan fokus-fokus lain.
BACA: [LAPOR LANGSUNG]: RMK-12 - Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan
Tumpuan terhadap hala tuju yang strategik bagi mencapai ‘Keluarga Malaysia- Makmur, Inklusif, Mampan’ memberi makna kepada kita semua.
Diharapkan agar kerajaan benar-benar dapat mencapai pertumbuhan KDNK daripada 4.5 peratus sehingga 5.5 peratus disamping menjadi sebuah negara berpendapatan dan berteknologi tinggi.
Satu jawatankuasa pemandu peringkat Kabinet harus diwujudkan bagi memastikan agar setiap apa yang dirancangkan dapat dilaksanakan mengikut jadual serta memenuhi kehendak rakyat Malaysia.
Keseimbangan pembangunan dan kekayaan negara adalah penting untuk kita sebagai Keluarga Malaysia terumanya dalam menyediakan perancangan jangka panjang modal insan generasi muda Malaysia.
Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim
Pengarah Eksekutif Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
Kenyataan Media
Tue Sep 28 2021
Menurut Dr Irmohizam, keseimbangan pembangunan dan kekayaan negara adalah penting untuk kita sebagai Keluarga Malaysia terumanya dalam menyediakan perancangan jangka panjang modal insan generasi muda Malaysia - Gambar fail
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
Sabah tetapkan tujuh keutamaan bangunkan industri kebudayaan - Hajiji
Kerajaan Sabah menetapkan tujuh keutamaan dalam membangunkan bidang kebudayaan di negeri ini yang telah dimulakan sejak 2021 hingga 2030.
Kerajaan perlu susun semula ekonomi bermula dengan RMK-12
Kerajaan perlu memberikan perhatian kepada penyusunan semula ekonomi yang dimulakan dengan Rancangan Malaysia Ke-12, menurut MARC Rating Corp Bhd.
2,053 hektar tanaman durian Musang King di Sabah sehingga tahun lepas
Industri tanaman durian khususnya Musang King adalah antara tanaman keutamaan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021 hingga 2025.
Lebih banyak rumah mampu milik dibina menerusi platform HOPE - PM
HOPE bukan sahaja platform dalam mempromosikan perumahan malah ia juga bertujuan melihat ekosistem sektor perumahan secara holistik.
RM2.13 bilion untuk atasi banjir, pulihara sungai dan hakisan pantai di Pahang
Sebanyak 12 projek mengurangkan risiko banjir, mengawal hakisan pantai dan pemuliharaan muara serta pembangunan sungai di Pahang telah diluluskan dan sedang dilaksanakan dengan kos RM2.13 billion.
Raih potensi industri lokaliti ke arah pertumbuhan mampan 2025 - Penganalisis
potensi pembangunan negeri khususnya di luar bandar harus dimaksimumkan sepenuhnya bagi meningkatkan taraf ekonomi di Malaysia.
RMK-12 perlu dijayakan dengan integriti - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan intergriti penting bagi mengelakkan sebarang konflik berkepentingan peribadi demi Keluarga Malaysia.
Projek RTB RM1.3 bilion di Kelantan, mampu kurangkan kerosakan teruk akibat banjir
Peruntukan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.3 bilion kepada Kelantan bagi melaksanakan empat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) mampu mengurangkan kesan dan kerosakan teruk akibat banjir.
Daya tahan dan kemampuan PMKS bumiputera akan dipertingkat - Muhyiddin
Ini berikutan kumpulan itu turut memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
RMK-12 pandu Malaysia capai negara berpendapatan tinggi - Mustapa
Kerajaan akan pertingkat akses kepada pendidikan, kesihatan dan perumahan, termasuk menambah baik kualiti hidup miskin bandar terutama di PPR.