KLANG: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan hukuman penjara 1,050 tahun yang merupakan rekod hukuman penjara tertinggi setakat ini bagi kesalahan merogol, yang dijatuhkan ke atas seorang lelaki kerana merogol anak perempuan tirinya.
Hakim Datuk Azmi Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan lelaki yang berusia 34 tahun itu terhadap hukuman penjara tersebut dan mengurangkan hukuman kepada 42 tahun tetapi mengekalkan hukuman 24 sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen di sini pada 27 Januari tahun lepas.
Hakim Azmi menyemak semula hukuman penjara 1,050 tahun yang dijatuhkan sebelum ini selepas lelaki itu mengaku bersalah atas 105 pertuduhan merogol anak tirinya sejak remaja itu berusia 12 tahun dan meminda hukuman itu kepada 14 tahun penjara bagi setiap tahun kesalahan itu dilakukan pada 2018, 2019 dan 2020.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan berasingan. Ini bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman itu selama 42 tahun.
Dalam penghakimannya, beliau berkata hukuman yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen adalah bersifat suatu mengikut perasaan dan jelas terlampau berlebihan serta ia adalah suatu "crushing sentence".
"Mahkamah ini mendapati hukuman 1,050 tahun adalah satu hukuman yang sememangnya tidak munasabah kerana ia tidak mungkin akan dapat dijalani kerana perayu tidak mungkin akan mencapai umur tersebut. Malahan umur 100 tahun pun jarang dicapai seisi penduduk dunia," katanya.
Beliau berkata dari segi hukuman, Seksyen 377B Kanun Keseksaan (kesalahan rogol) memperuntukkan bahawa hukuman penjara yang boleh dijatuhkan adalah mencapai 20 tahun dan dengan itu hukuman 10 tahun penjara bagi setiap pertuduhan adalah satu hukuman yang berada di dalam kerangka hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen.
"Hakim Mahkamah Sesyen di dalam kes ini menggunakan budi bicaranya untuk kesemua 10 tahun tersebut berjalan secara berasingan dan ini menjadikan hukuman itu mencecah 1,050 tahun penjara iaitu satu jumlah yang boleh dikatakan sebagai satu rekod untuk pemenjaraan di negara kita.
Setakat ini, tidak ada nas yang mengatakan bahawa jumlah hukuman yang boleh dijatuhkan tidak boleh melebihi suatu angka yang disifatkan maksimum. Namun begitu, mahkamah dalam menjatuhkan hukuman perlu menilai banyak faktor," katanya.
Bagaimanapun Hakim Azmi berkata mahkamah tidak boleh memandang sepi terhadap apa yang telah dialami oleh mangsa yang baru berusia 12 tahun semasa kejadian jenayah bermula.
Pada 27 Jan tahun lepas, lelaki itu mengaku bersalah atas 105 pertuduhan merogol anak tirinya di sebuah rumah di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor sejak 5 Jan 2018 hingga 24 Feb 2020 mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin manakala perayu diwakili peguam V Vemal Arasan dan K A Ramu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022
Hakim Azmi menyemak semula hukuman penjara 1,050 tahun yang dijatuhkan sebelum ini selepas lelaki itu mengaku bersalah atas 105 pertuduhan merogol anak tirinya sejak remaja itu berusia 12 tahun. - Gambar hiasan
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
PU Azman mengaku salah lakukan kelucahan melampau, dipenjara 14 bulan
Pendakwah selebriti Azman Syah Alias dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki.
Curi nasi lemak di kedai serbaneka, dua rakan dipenjara sebulan
Dua rakan dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah mencuri beberapa jenis makanan termasuk nasi lemak dan mi goreng di sebuah kedai serbaneka semalam.
Lelaki didakwa tipu bagi dapatkan gelaran 'Dato'
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu bagi membantu mendapatkan darjah kebesaran gelaran 'Dato' yang tidak wujud, tiga tahun lepas.
Siti Bainun tarik balik permohonan gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali menarik balik permohonan untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun terhadapnya.
Tinggal anak usia 1, 6 tahun sendirian di rumah, tukang urut wanita dipenjara
Seorang wanita dihukum penjara sebulan selepas mengaku mengabaikan dua anak lelakinya termasuk seorang bayi berusia 14 bulan.
Satu representasi PU Azman ditolak, hafal satu juzuk al-Quran di penjara
AGC menolak satu daripada dua representasi dikemukakan PU Azman berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Seremban.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
Polis kesan individu pukul lelaki OKU di Dataran Shah Alam
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Ibu kandung, rakan dipenjara tiga tahun letak anak dalam sangkar kucing
Tindakan seorang ibu dan rakannya mengurung seorang budak lelaki tiga tahun dalam sangkar kucing, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi mereka hukuman penjara tiga tahun.